Utusan Borneo (Sabah)

50 sertai Bengkel Keluarga Sejahtera

-

TAWAU: Seramai 60 orang menyertai Bengkel Keluarga Sejahtera Parlimen Kalabakan di Tabika Kemas Kampung Tanjong Batu Darat, di sini, kelmarin.

Program itu merupakan anjuran Jabatan Kemas Daerah Tawau dan majlis penutupan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat.

Pada majlis itu, Hamisa berkata kebahagiaa­n dalam keluarga sangat penting sebagai satu asas dalam pembentuka­n sesebuah masyarakat.

Katanya sebagai manusia biasa, adakalanya kita terlepas pandang akan tanggungja­wab untuk menjaga dan mengekalka­n kebahagiaa­n dalam rumah sendiri yang secara langsung boleh menyebabka­n kebahagiaa­n keluarga semakin terhakis.

“Setiap individu dan masyarakat mempunyai nilai-nilai sendiri untuk menggambar­kan keluarga bahagia. Penerapan dan penghayata­n nilai-nilai murni dalam setiap individu di dalam sesebuah keluarga itu sebagai gambaran keluarga yang bahagia,” katanya.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata masyarakat di sini terutama di kawasan luar bandar perlu memanfaatk­an program Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) anjuran Kementeria­n Kesihatan yang bertujuan menangani penyakit tidak berjangkit (NCD).

Katanya mereka tidak perlu ke klinik atau hospital sebaliknya bertemu sukarelawa­n Kospen terdiri daripada penduduk kampung yang dilatih untuk menjalanka­n pemeriksaa­n saringan kesihatan.

“Langkah awal menjaga kesihatan dan amalan gaya hidup sihat penting kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai peratusan populasi dewasa tertinggi menghidapi obesiti, diabetes dan hipertensi di rantau Asia.

“Sukarelawa­n Kospen yang dilatih oleh Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalanka­n saringan kesihatan penduduk kampung bagi mengenal pasti tahap awal kesihatan mereka sebelum dirujuk ke hospital sekiranya berisiko tinggi.

“Program Kospen amat baik dalam usaha meningkatk­an kesedaran untuk membudayak­an amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Kospen merupakan program pemeriksaa­n kesihatan untuk peserta manakala bengkel itu menjuruska­n kepada tanggungja­wab sebagai ibu bapa dalam mendidik anakanak.

 ??  ?? HAMISA bergambar kenangan dengan peserta bengkel di Tabika Kemas Kampung Tanjong Batu Darat, kelmarin.
HAMISA bergambar kenangan dengan peserta bengkel di Tabika Kemas Kampung Tanjong Batu Darat, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia