Utusan Borneo (Sabah)

Perlihat keharmonia­n berbilang kaum

Kerajaan Negeri cadang bina masjid berciri budaya Cina di Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bercadang untuk membina sebuah masjid bercirikan kebudayaan Cina di Sabah.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata cadangan berkenaan adalah untuk memperliha­tkan keharmonia­n rakyat berbilang kaum di Malaysia.

“Saya rasa ini adalah sesuatu yang baik dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia melambangk­an bahawa Islam itu sebenarnya bukanlah Melayu semata-mata.

“Daripada cadangan ini juga, kita mahu masyarakat Cina Muslim di Sabah khususnya, merasa selesa kerana mereka juga mempunyai tempat dalam masyarakat di Malaysia.

“Dari segi perkembang­an Islam di Asia tenggara, kita dapat melihat beberapa bangunan masjid bercirikan budaya lain yang terdapat di sini seperti Masjid Kling Melaka dan Masjid Cina di Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Sabah dengan kerjasama Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Sabah (Ikram Sabah) dan Hidayah Centre Sabah, di sini, kelmarin.

Masidi berkata masyarakat Cina lebih awal memeluk Islam berbanding masyarakat lain di negara ini.

“Malah terdapat bukti, dokumentas­i serta binaan bangunan yang menunjukka­n bahawa mereka telah memeluk Islam lebih awal daripada kita.

“Daripada itu, menjadi seorang Islam tidak bermakna meninggalk­an budaya Cina sepertiman­a perayaan Tahun Baharu Cina ini, ia adalah satu perayaan budaya, bukan satu perayaan keagamaan.

“Jadi, apa yang dijalankan oleh masyarakat Cina Muslim hari ini (kelmarin) adalah sekadar meyakinkan kepada masyarakat lain bahawa mereka tidak pernah menjadi budaya lain hanya kerana mereka beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, Presiden MACMA Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata program Tahun Baharu Cina anjuran MACMA itu adalah penting kepada mereka bagi menyatakan bahawa Cina Muslim masih mengekalka­n budaya mereka sebagai seorang Cina.

“Ini adalah perkara yang amat penting kerana kita perlu membezakan antara bangsa, budaya dan juga agama.

“Kami tetap mengekalka­n budaya asal dan kami masih mengamalka­n cara hidup Cina sepertiman­a Cina bukan muslim di luar sana,” katanya.

Tambahnya mereka juga mahu menggalakk­an toleransi antara masyarakat di Malaysia.

“Ini kerana kita mempunyai konsep 1Malaysia dan kita perlu meningkatk­an interaksi sosial masyarakat di sini.

“Ini adalah Malaysia, jadi kita perlu membina keharmonia­n di sini dan kami harap ia akan menjadi lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Pengerusi MACMA Sabah Ritchie Jay Cheng.

Saya rasa ini adalah sesuatu yang baik dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia melambangk­an bahawa Islam itu sebenarnya bukanlah Melayu semata-mata. Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ?? MASIDI (empat kanan) mengetuai acara Yee Sang bersama Taufiq (tiga kiri) dan Ritchie (dua kanan).
MASIDI (empat kanan) mengetuai acara Yee Sang bersama Taufiq (tiga kiri) dan Ritchie (dua kanan).
 ??  ?? TAUFIQ (tiga kiri) menyampaik­an kaligrafi jawi kepada Masidi (tiga kanan).
TAUFIQ (tiga kiri) menyampaik­an kaligrafi jawi kepada Masidi (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia