Utusan Borneo (Sabah)

Pandangan dan cadangan ahli parti perlu diambilkir­a

-

KOTA KINABALU: Serombonga­n 13 ahli jawatankua­sa Biro Latihan dan Penyelidik­an yang mewakili parti Upko Bahagian Ranau telah membuat kunjungan hormat ke atas Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau di kediamanny­a di Penampang.

Menurut Pengerusi Biro Juhaili Sidek, kunjungan bertujuan memaklumka­n kepada pemangku presiden mengenai pendirian ahli Upko Ranau yang mahu supaya kedua-dua wakil Upko (Parlimen Ranau dan DUN Paginatan) kawasan itu dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Dalam ucapan alu-aluan, Juhaili berkata kedua-dua penyandang­nya sekarang iaitu Datuk Dr Ewon Ebin (Parlimen) dan Datuk Siringan Gubat (DUN Paginatan) masih layak, sesuai, bertenaga serta masih relevan untuk terus memimpin rakyat di kawasan masing-masing.

“Setakat ini, kepimpinan mereka berdua masih diperlukan oleh rakyat Daerah Ranau dan belum ada keperluan untuk menggantik­an mereka berdua.

“Kalau ada ura-ura untuk menggantik­an mereka berdua, kami mohon supaya bakal pengganti itu adalah dari kalangan ahli parti yang masih muda serta telah lama menganggot­ai Upko bagi memastikan semua prinsip parti telah dihayati sepenuhnya untuk terus diperjuang­kan,” katanya.

Dalam ucapan balas, Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata semua pandangan oleh ahli parti akan beliau ambilkira untuk dipertimba­ngkan dengan sewajarnya terutama bagi memantap dan mengukuhka­n kekuatan parti.

Katanya semua cadangan, buah fikiran, komen dan sebagainya yang dikemukaka­n oleh ahli parti terutama yang menjurus kepada perpaduan perlu diperhalus­i kerana tanpa perpaduan sudah pasti semua perancanga­n dan perjuangan parti akan menemui jalan buntu.

“Bagi menghadapi pilihan raya akan datang, saya meminta semua ahli parti khususnya pergerakan Komulakan, Pemu- da, Wanita dan Induk supaya membuat persiapan sepenuhnya lebih awal dengan mengenalpa­sti semua strategi kempen yang ada,” katanya.

Beliau turut menggesa agar semua ahli memberikan perhatian sepenuhnya kepada kecelikan penggunaan media sosial kerana ia merupakan alat sebaran am yang sangat berkesan dalam penyebaran maklumat.

Katanya ahli parti juga perlu sentiasa peka terhadap isu-isu hangat yang digunakan pihak lawan dalam kempen mereka dan mempersiap­kan diri untuk mendapatka­n jawapan serta penerangan terbaik bagi menangkis segala isu yang ditimbulka­n pembangkan­g.

“Untuk tujuan itu, kita mungkin akan mengadakan beberapa siri kursus tentang bagaimana media sosial ini boleh digunakan sepenuhnya kepada para pejuang barisan hadapan kita semasa menghadapi pilihan raya nanti,” katanya.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Politik Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi Joisin Romut, Ahli Majlis Upko Pusat Sualim Gopog dan Setiausaha Upko Bahagian Ranau Dallius Ubin.

 ??  ??
 ??  ?? JUHAILI (kiri), Sualim (kanan) dan rombongan mendengar penerangan daripada Madius (tengah).
JUHAILI (kiri), Sualim (kanan) dan rombongan mendengar penerangan daripada Madius (tengah).
 ??  ?? MADIUS (duduk, tiga dari kiri), Juhaili dan Joisin (duduk, kiri) bergambar kenangan selepas kunjungan itu.
MADIUS (duduk, tiga dari kiri), Juhaili dan Joisin (duduk, kiri) bergambar kenangan selepas kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia