Utusan Borneo (Sabah)

Pembangkan­g sengaja sebar propaganda

Bahawa wujud budaya sabotaj dalam BN dan Umno

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

DATUK RAMLEE MARAHABAN

SEMPORNA: Budaya sabotaj dalam kalangan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno hanyalah propaganda yang sengaja dimainkan pembangkan­g kerana mahu menyaksika­n perpaduan parti menjadi porak-poranda.

Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata situasi itu turut dimainkan pembangkan­g di bahagian Semporna namun hakikatnya, pemimpin-pemimpin di sini kukuh bersatu dan bekerjasam­a demi mencapai misi perjuangan untuk rakyat.

“BN dan Umno khususnya di Semporna sentiasa bersama untuk pastikan perjuangan ini membawa kebaikan pembanguna­n kepada rakyat terutamany­a di kampungkam­pung.

“Ada masa-masa tertentu kita (bergerak) berasingan menjadi dua kelompok tetapi kami membawa misi dan matlamat yang sama dan bukannya perpecahan,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kewangan Negeri berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Jalinan Mesra dan Penyampaia­n Bantuan Kepada Mangsa-mangsa Kebakaran Kampung Balingbang dan Hampalan yang diadakan di Kampung Look Butun, Pulau Bum-Bum, di sini, kelmarin.

Menurutnya pembangkan­g sengaja memainkan propaganda itu sebagai taktik mengeliruk­an rakyat yang akhirnya akan mengambil kesempatan daripada kead- aan itu.

Katanya pembangkan­g sudah gusar dengan perpaduan yang masih kukuh dalam kalangan rakyat meskipun telah melakukan pelbagai serangan untuk merobohkan kubu perpaduan kepimpinan dan sokongan kepada Umno dan BN.

Pada majlis itu, seramai 88 ketua isi rumah dari Kampung Balingbang dan Hampalan yang menjadi mangsa kebakaran menerima sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Warisan Harta Sabah Sdn Bhd yang disempurna­kan penyerahan­nya oleh Ramlee.

Ramlee yang juga Adun Bugaya turut mengulas sokongan masyarakat Kadazandus­un dan Murut (KDM) ketika ini kepada BN berikutan prestasi calon parti mereka yang kalah di kawasan majoriti KDM.

“BN tetap berada pada tahap baik dan akan terus mendapat kepercayaa­n masyarakat KDM apabila masih mampu memenangi kerusi lain,” katanya.

Lagipun, Parti Bersatu Sabah, Parti Bersatu Rakyat Sabah dan Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu tetap kuat dan mendapat 40 peratus sokongan KDM.

“Parti-parti dalam komponen BN masih mendapat sokongan padu masyarakat KDM dan saya yakin dengan pimpinan veteran seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai mantan presiden PBS yang bersara tetapi tetap masih mempunyai aura kepimpinan yang menjadi ikutan,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Dr Chahco Bulah, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat DUN Sulabayan Datuk Harman Mohamad dan Pengerusi Penganjur Manan Indanan.

Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah

BN dan Umno khususnya di Semporna sentiasa bersama untuk pastikan perjuangan ini membawa kebaikan pembanguna­n kepada rakyat terutamany­a di kampung-kampung.

 ??  ?? RAMLEE menyerahka­n sumbangan CSR kepada salah seorang penerima pada majlis itu.
RAMLEE menyerahka­n sumbangan CSR kepada salah seorang penerima pada majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia