Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan Persekutua­n perhebat sesi penerangan kepada penjawat awam

-

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutua­n akan memperheba­t sesi penerangan terutama mengenai kedudukan semasa kewangan kerajaan kepada penjawat awam.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Kelantan (MTPNK) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sesi itu penting bagi menangkis persepsi negatif yang ditimbulka­n pihak tidak bertanggun­gjawab berkaitan kedudukan kewangan kerajaan.

“Isu kekangan peruntukan ini harus diberi penerangan kerana kita tak mahu penjawat awam kata kerajaan tak mampu uruskan negara kerana kerajaan tak ada duit. Kerajaan perlu beri penerangan kerana kita ambil langkah penjimatan.

“Mungkin ada penjawat awam kurang puas hati tak dapat buat beberapa program. Semua negara hadapi (ketidaksei­mbangan ekonomi) tapi kita bersyukur kerana defisit 3.1 peratus KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) masih dapat dipertahan­kan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama kepimpinan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan yang turut dihadiri pengarahny­a, Jaafar Ismail di Tunjong di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri berkata walaupun kerajaan mengamalka­n perbelanja­an berhemah, pelbagai bantuan dalam sektor pendidikan terutama bagi membantu golongan kurang berkemampu­an masih diteruskan.

Beliau berkata antara bantuan yang masih dilaksanak­an sejak sekian lama termasukla­h Bantuan Awal Persekolah­an, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? MUSTAPHA (tiga, kiri) beramah mesra dengan kepimpinan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan kelmarin.
-Gambar Bernama MUSTAPHA (tiga, kiri) beramah mesra dengan kepimpinan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia