Utusan Borneo (Sabah)

Individu dijangkiti H1N1 dinasihat ambil langkah perlu

- -Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan menasihati individu yang dijangkiti virus Influenza A (H1N1) supaya mengambil langkah perlu bagi mengelak virus itu disebarkan kepada orang lain.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang sedang mengalami selesema, yang boleh membawa kepada ‘selesema babi atau swine flu’ itu perlu mengasingk­an diri daripada orang ramai atau memakai topeng muka apabila berada di tempat awam.

“Mereka perlu memakai topeng muka bila berada di tempat awam dan memastikan tangan mereka bersih pada setiap masa,” katanya kepada pemberita pada acara Larian MySihat 2017 yang diadakan di Padang Merbok, di sini, kelmarin.

Dua kes H1N1 dilaporkan di Melaka semalam, membabitka­n dua pelajar Sekolah Kebangsaan Tengkera 2, Melaka Tengah.

Dalam perkembang­an lain, Dr Noor Hisham berkata laporan media yang menggambar­kan bahawa virus leptospiro­sis atau kencing tikus sebagai ‘virus misteri” boleh mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan orang ramai.

“Media telah tularkan penyakit itu sebagai “virus misteri” yang menimbulka­n panik dalam kalangan orang ramai di Kajang, ia bukannya virus misteri,” katanya.

Tiga individu di Kelantan disahkan dijangkiti leptospiro­sis pada Jumaat, yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian banjir baru-baru ini di Tanah Merah.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m, semalam berkata sebelum itu, ketiga-tiga mereka bersama tiga yang lain dimasukkan ke Hospital Tanah Merah Hospital (HTM) selepas menghadiri majlis perjumpaan keluarga di Kajang, Selangor.

Sementara itu, kira-kira 2,000 peserta mengambil bahagian dalam Larian MySihat 2017 yang julung kali diadakan bagi menyokong komitmen kerajaan dalam menggalakk­an gaya hidup sihat dan mengurangk­an penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat Malaysia.

Larian itu dianjurkan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dengan sokongan Kementeria­n Kesihatan, Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutua­n (FTAAA) dan Persatuan Kebajikan Golongan Asnaf & Gelandanga­n Kuala Lumpur dan Selangor. -Bernama KETUA Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min (dua, kiri) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah (tiga, kiri) ketika menyertai larian pada MySihat Run 2017 di Padang Merbok, kelmarin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia