Utusan Borneo (Sabah)

RM30 juta subsidi ujian mamogram tahun ini

-

TELUK INTAN: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima peruntukan RM30 juta untuk meneruskan Program Subsidi Ujian Mamogram pada tahun ini.

Timbalan menterinya Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata inisiatif melalui agensinya, Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) itu akan memberi manfaat kepada lebih 60,000 wanita bagi mengesan kanser payu dara.

“Tahun ini, Kabinet meluluskan pelaksanaa­n program ini memandangk­an ujian mamogram untuk mengesan kanser payu dara yang diperkenal­kan sejak 2007 mendapat sambutan.

“Program ini salah satu inisiatif kerajaan untuk memberi kesedaran kepada wanita tentang kesihatan payu dara dan kepentinga­n membuat pengesanan lebih awal,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Penutupan Wanita Sejahtera Keluarga Bahagia sempena perayaan Ponggal yang dihadiri lebih 200 masyarakat India di sini kelmarin.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertanding­an menganyam daun kelapa, mengikat bunga melor, demonstras­i melakar inai, selain turut disediakan pemeriksaa­n kesihatan oleh LPPKN.

Menjelas lanjut, Azizah berkata ujian mamogram sangat penting kerana sembilan daripada 10 kes dapat dikesan lebih awal.

Beliau turut berharap pelaksanaa­n program itu secara tidak langsung akan dapat memperluas­kan perkhidmat­an yang ditawarkan terus kepada kumpulan sasar di bandar dan pedalaman. Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? AZIZAH menyampaik­an sumbangan kepada penerima bantuan di majlis perasmian penutup program Wanita Sejahtera Keluarga Bahagia di sini. Turut hadir Pengarah Pembanguna­n Wanita negeri S. Kavaramma (tiga, kiri) dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita,...
-Gambar Bernama AZIZAH menyampaik­an sumbangan kepada penerima bantuan di majlis perasmian penutup program Wanita Sejahtera Keluarga Bahagia di sini. Turut hadir Pengarah Pembanguna­n Wanita negeri S. Kavaramma (tiga, kiri) dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia