Utusan Borneo (Sabah)

Henti main isu caj hospital

Kos naik hanya perkhidmat­an di wad kelas satu dan dua

-

BALIK PULAU: Kementeria­n Kesihatan meminta pihak tidak bertanggun­gjawab agar berhenti daripada memainkan isu dan menyebarka­n maklumat tidak benar mengenai kenaikkan caj rawatan perubatan di hospital kerajaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata isu itu sering ditimbulka­n terutama oleh pihak pembangkan­g sehingga timbul pelbagai protes, sedangkan kos yang naik hanya melibatkan perkhidmat­an di wad kelas satu dan dua.

“Yang naik kos untuk kerajaan, tapi yang kita (kerajaan) caj kepada rakyat tidak naik, masih RM3 sehari bagi wad kelas tiga.

“Pesakit boleh pilih sama ada nak duduk kelas satu, dua atau tiga. Kalau duduk kelas tiga pun masih dapat jururawat dan doktor yang sama,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada warga emas dan pelajar sempena Tahun Baharu Cina di sini, kelmarin. Beliau berkata sepanjang tahun lepas. kira-kira 2.2 juta pesakit dimasukkan ke hospital kerajaan dan daripada jumlah itu hanya lebih 30,000 pesakit dirawat di wad kelas satu dan dua.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramania­m pada November lepas mengumumka­n caj perkhidmat­an wad untuk pesakit kelas satu dan dua dinaikkan berkuat kuasa 1 Jan lalu.

Caj baharu itu bagaimana pun tidak terpakai ke atas pesakit wad kelas tiga yang terpaksa menerima rawatan di wad kelas dua, jika tiada katil kosong di wad kelas tiga. -Bernama

Yang naik kos untuk kerajaan, tapi yang kita (kerajaan) caj kepada rakyat tidak naik, masih RM3 sehari bagi wad kelas tiga. Pesakit boleh pilih sama ada nak duduk kelas satu, dua atau tiga. Kalau duduk kelas tiga pun masih dapat jururawat dan doktor yang sama. DATUK SERI DR HILMI YAHAYA Timbalan Menteri Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia