Utusan Borneo (Sabah)

Gas bocor, lelaki Indonesia cedera disambar api

-

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Indonesia cedera parah selepas disambar api akibat kebocoran gas ketika sedang memproses ayam di Pasar Batu Lanchang di sini, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa Imron Surini, 35, melecur di bahagian perut, dada dan paha selepas disambar api berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalath­rash Wahid berkata semasa kejadian lelaki yang bekerja secara sambilan itu datang awal dan semasa menghidupk­an api dapur tiba-tiba api menyambar mangsa.

“Ketika kejadian lelaki itu bersendiri­an dan rakan sekerjanya yang lain belum sampai lagi dan dia dibantu peniaga lain sebelum bomba tiba.

Difahamkan mangsa sempat balik ke rumahnya di Relau selepas kejadian itu sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang oleh kakak iparnya menaiki teksi,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

Mior Faridalath­rash berkata mangsa masih dirawat di hospital serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata polis turut merakamkan keterangan majikan dan beberapa pekerja di pasar itu bagi membantu siasatan dan menolak kejadian berkenaan mempunyai kaitan jenayah.

Katanya menurut majikan lelaki itu, kemungkina­n terdapat kebocoran paip gas daripada tong gas ke dapur dan apabila api dinyalakan berlaku kebakaran dan terus menyambar mangsa. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia