Utusan Borneo (Sabah)

Jamilah akan jadi wakil rakyat yang baik: Ahmad Zahid

-

SEMATAN: Calon Barisan Nasional Datuk Amar Jamilah Anu akan menjadi wakil rakyat yang amat baik untuk penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu sekiranya beliau menang pilihan raya kecil DUN itu.

Ini kerana kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau mengenali secara peribadi wanita itu yang mempunyai hati yang baik selain tukang masak yang hebat.

“Beliau akan menjadi perantara terbaik rakyat dengan kerajaan. Beliau juga akan menjadi mata dan telinga kerajaan yang bagus.

“Beritahu beliau apa yang kalian perlukan dan beliau boleh sampaikan kepada saya dan saya akan hubungi Ketua Menteri anda Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk tindakan lanjut,” katanya pada sesi bertemu rakyat di Rumah Panjang Nek Bujur di Kampung Pueh dekat sini kelmarin.

Terdahulu beliau melancarka­n projek gotongroyo­ng perdana oleh pasukan tentera di kawasan itu yang merupakan satu daripada tiga penempatan Salako Bidayuh dalam kawasan DUN tersebut.

Ahmad Zahid berkata dengan menyokong Jamilah juga rakyat menunjukka­n mereka mahu wanita itu meneruskan legasi suaminya, Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem.

“Adenan, arwah ketua menteri anda yang juga wakil rakyat di sini, telah banyak berjasa di Tanjong Datu dan kepada pendudukny­a semasa hayat beliau. Namun beliau ada misi dan agenda yang belum selesai.

“Justeru tiada orang yang lebih baik daripada Jamilah untuk meneruskan misi dan agenda itu kerana beliau maklum akannya,” kata Ahmad Zahid.

Katanya beliau juga yakin Abang Johari mahu memenuhi semua janji pilihan raya yang dibuat Allahyarha­m Adenan.

“Jika Jamilah menang, sudah pasti semua janji itu akan dilaksana,” kata Ahmad Zahid.

Mengenai keselamata­n negeri, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pasukan keselamata­n dan kerajaan persekutua­n akan melakukan segala yang mungkin untuk melindungi Sarawak.

“Misalnya sekarang kita ada Strategi Lautan Biru yang menyaksika­n pasukan tentera bekerjasam­a rapat dengan polis untuk menjaga ketenteram­an awam. Mereka akan terus mengadakan rondaan bersama di kawasan hitam khususnya,” kata beliau. - Bernama

 ??  ?? ZAHID (tengah) turut sama memasak gulai kawah ketika merasmikan Gotong Royong Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Rumah Panjang Kampung Pueh kelmarin. - Gambar BERNAMA
ZAHID (tengah) turut sama memasak gulai kawah ketika merasmikan Gotong Royong Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Rumah Panjang Kampung Pueh kelmarin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia