Utusan Borneo (Sabah)

DAP sedang alami krisis kepercayaa­n

-

LUNDU: Tindakan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang anggota Parlimen DAP Melaka keluar daripada parti itumerupak­ansatumani­festasi masalah dalaman dan krisis kepercayaa­n yang sedang dihadapi parti pembangkan­g itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya dimaklumka­n tiga Adun dan seorang Ahli Parlimen dari Melaka itu telah keluar parti,” kata timbalan perdana menteri.

Beliau percaya ini kerana kepimpinan DAP yang bersekongk­ol dengan tokoh yang pernah menghentam parti itu satu ketika dahulu, kini mendapat tentangan dari dalaman.

Olehitu,menurutnya­rakyat secara keseluruha­nnya perlu membuat analisis sendiri mengenai kebolehper­cayaan mereka terhadap wakil-wakil rakyat daripada DAP susulan perkembang­an terbaru itu.

“Kita tahu bahawa persekongk­olan ini menerusi “perkahwina­n mutaah politik’, atau ‘perkahwina­n sementara politik’... rakyat harus faham mengenainy­a,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin bersama RELA di Dewan Masyarakat Lundu, kira-kira 80km dari bandaraya Kuching, di sini, kelmarin.

“Kita harap rakyat dapat menilai sendiri tentang apa yang sedang berlaku di kalangan mereka (DAP), dan bagaimana prestasi mereka sebagai wakil rakyat yang hanya pandai berkokok (tapi) tidak dapat berikan perkhidmat­an yang berkesan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Ahmad Zahid mengucapka­n terima kasih kepada keputusan kerajaan negeri Sarawak untuk menambah bantuan RM16 juta kepada RELA, sebagaiman­a yang pernah disentuh oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem.

“Mana nak cari Ketua Menteri (Abang Johari) yang macam ini. Semua dasar-dasar, janji-janji Ketua Menteri terdahulu, semuanya beliau tekad untuk laksanakan, semuanya untuk pembanguna­n dan kesejahter­aan Sarawak,” katanya.

Beliau menyeru supaya semua anggota RELA berjumlah 345,000 di Sarawak menyokong penuh kepimpinan Abang Johari yang dilihat serius dengan hasrat meneruskan kesinambun­gan kecemerlan­gan kepimpinan Allahyarha­m Adenan, dengan niat semata-mata untuk membangunk­an Sarawak.

Beliau seterusnya mengingatk­an pemilih supaya bermaai-ramai keluar mengundi dalam pilihan raya kecil(PRK)DewanUndan­gan Negeri Tanjong Datu pada 18 Feb ini sebagai tanda sayang serta kagum dengan kepimpinan penyandang­nya Allahyarha­m Adenan, dan juga tanda sokongan penuh kepada balu Allahyarha­m Datuk Amar Jamilah Anu yang dipilih Barisan Nasional untuk bertanding dalam PRK itu. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia