Utusan Borneo (Sabah)

17,000 sertai program FitMalaysi­a

Amalan gaya hidup sihat dan cergas semakin jadi kenyataan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

KEHADIRAN lebih 17,000 orang yang mengambil bahagian dalam Program FitMalaysi­a Peringkat Negeri Sabah 2017 di Sandakan, kelmarin, menunjukka­n kejayaan yang besar bagi penganjura­n di daerah itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ia jelas menunjukka­n amalan gaya hidup sihat dan gaya hidup cergas semakin menjadi kenyataan dan realiti dalam kalangan rakyat.

“Selepas ini, kita ada FitMalaysi­a di Pahang pada 26 Mac dan di Terengganu pada 8 April dan selepas itu, akan habis pusingan kedua FitMalaysi­a di seluruh negara. Kemudian, kita akan mula pusingan yang ketiga dan di Sabah mungkin kita akan ke Tawau.

“Program ini penting sebab kita mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang mengamalka­n gaya hidup sihat iaitu menjalani aktiviti sukan dan kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

“Matlamat kita menjelang 2020 ialah lebih 50 peratus rakyat mengamalka­n gaya hidup sihat dan menjelang 2050 pula, kita dapat melihat 80 peratus rakyat mengamalka­n gaya hidup sihat selaras Transforma­si Nasional (TN50),” katanya kepada media selepas melancarka­n Program FitMalaysi­a Peringkat Negeri Sabah 2017 di Padang Bandaran Sandakan, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee; Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya; Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk James Wong; dan Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa.

Terdahulu dalam ucapannya, Khairy berkata, program seumpama tu bukan sahaja melahirkan rakyat yang lebih sihat dan cergas, malah dapat mencegah daripada pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Katanya ia secara tidak langsung dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang produktif dan dapat melahirkan anak muda yang boleh diketengah­kan sebagai juara dunia dalam pelbagai bidang sukan.

“Berdasarka­n sambutan menggalakk­an pada FitMalaysi­a kali ini, ia jelas menunjukka­n Sabah di trek yang betul ke arah menjadi sebuah negeri yang bersukan.

Sukan bukan sahaja untuk atlet berprestas­i tinggi tetapi untuk semua. Kita mahu menjadikan sukan sebagai medan untuk menyatukan rakyat dan ini selaras dengan TN50 yang menyasarka­n Malaysia menjadi negara bersukan.

“Kita mahu tengok lebih ramai atlet dari Sabah untuk mewakili Malaysia. Berikutan itu, kita akan cuba bawa lagi banyak program seperti ini selain kemudahan sukan ke Sandakan kerana kita ingin jadikan daerah ini sebagai bandar bersukan,” jelasnya.

Antara aktiviti diadakan termasuk FitMalaysi­a Ride 30km dan 10km, FitMalaysi­a Run 10km dan 5km, bodycombat, Fitness First Hardcore Maxx, cabutan bertuah, senamrobik, Stix2Stick serta tarian kecergasan.

Program ini penting sebab kita mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang mengamalka­n gaya hidup sihat iaitu menjalani aktiviti sukan dan kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR Menteri Belia dan Sukan

 ??  ?? KHAIRY menyempurn­akan pelepasan peserta berbasikal. PELEPASAN peserta larian disempurna­kan oleh Khairy.
KHAIRY menyempurn­akan pelepasan peserta berbasikal. PELEPASAN peserta larian disempurna­kan oleh Khairy.
 ??  ??
 ??  ?? KHAIRY (tiga kanan) turut menyertai FitMalaysi­a Run 5KM.
KHAIRY (tiga kanan) turut menyertai FitMalaysi­a Run 5KM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia