Utusan Borneo (Sabah)

Warga SK ST Mary Convent rai Tahun Baharu Cina

- Oleh YUSOP TEPPO

SEKOLAH Kebangsaan (SK) St Mary Convent tidak ketinggala­n meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

Majlis sambutan itu telah dirasmikan oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Elopura Chan Tzui Hei yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Datuk Au Kam Wah.

Pengetua sekolah berkenaan Chooi Yu Wen merakamkan ucapan terima kasih kepada Chan, selaku wakil Au, kerana sudi meluangkan masa bersamasam­a warga SK St Mary Convent memeriahka­n sambutan Tahun Baharu Cina peringkat sekolah.

“Saya mewakili semua warga sekolah mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Datuk Au Kam Wah yang telah memberi sumbangan tarian singa pada majlis ini.

“Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada murid-murid kerana hadir pada hari ini. Program yang pihak sekolah rancang hari ini adalah khas untuk anda semua,” katanya berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina di sekolah berkenaan, Jumaat lepas. Chooi turut mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Penolong Kanan Kokurikulu­m Aminah Wahab selaku pengerusi sambutan Tahun Baharu Cina peringkat sekolah serta jawatankua­sa yang bertungkus lumus menjayakan program itu.

“Saya berharap kita semua terhibur dan mendapat

manfaat daripada program ini. Marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai makna perpaduan kaum yang wujud di negara kita.

“Hormati semua kaum yang ada, begitu juga perayaan yang mereka sambut. Semoga negara kita terus dalam keadaan aman dan makmur,” katanya.

Dalam pada itu, Chooi turut merakamkan setinggi penghargaa­n dan jutaan terima kasih atas segala sumbangan yang sekolah terima daripada bapa angkat sekolah Datuk Au Kam Wah.

“Semua sumbangan sangat membantu sekolah ini dan amat kami hargai,” katanya.

Sementara itu, Chan dalam ucapan perasmiann­ya berjanji akan membina laluan berbumbung bagi sekolah itu dan menyumbang­kan sebanyak 100 kerusi untuk keperluan murid-murid.

Justeru, beliau berharap sumbangan itu nanti akan membolehka­n murid-murid menjalani pembelajar­an dengan lancar dan selesa.

 ??  ??
 ??  ?? CHAN mencuba bakat menulis kaligrafi. CHOOI bersama Chan, guru-guru dan Yang Dipertua SK St Mary Convent.
CHAN mencuba bakat menulis kaligrafi. CHOOI bersama Chan, guru-guru dan Yang Dipertua SK St Mary Convent.
 ??  ?? TETAMU VIP yang hadir terdiri Kelvins Kong, Chan dan Daniel merakam gambar kenangan bersama Chooi serta warga sekolah dan murid-murid SK St Mary Convent.
TETAMU VIP yang hadir terdiri Kelvins Kong, Chan dan Daniel merakam gambar kenangan bersama Chooi serta warga sekolah dan murid-murid SK St Mary Convent.
 ??  ?? CHAN, Chooi, guru-guru dan murid-murid SK St Mary Convent dihiburkan dengan persembaha­n tarian singa.
CHAN, Chooi, guru-guru dan murid-murid SK St Mary Convent dihiburkan dengan persembaha­n tarian singa.
 ??  ?? CHOOI (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Chan.
CHOOI (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Chan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia