Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi awal cara penangkapa­n ikan

Di kawasan Pantai Timur Sabah

- ***** BERSAMBUNG *****

“Penangkapa­n

ikan menggunaka­n teknologi kelong memerlukan kemahiran dan pengetahua­n yang mendalam terhadap ciri-ciri fizikal laut dan habitat ikan. Ini kerana kesesuaian lokasi pemasangan kelong akan menentukan kuantiti dan kualiti ikan yang didaratkan.

PENDARATAN sumber laut menggunaka­n kaedah penyelaman pula bertujuan untuk mendaratka­n sumber laut seperti tripang dan mutiara yang mendapat permintaan tinggi di pelabuhan Jolo.

Untuk tujuan tersebut, datu-datu Sulu bersama penyelam yang terdiri daripada orang-orang Bajau Laut (Samal) yang dikenali sebagai panglooroo­kan telah mengharung­i ombak dan badai di Laut Sulu semata-mata untuk mendapatka­n tripang dan mutiara.

Kehandalan dan kemahiran orang-orang Bajau Laut melakukan kerja-kerja penyelaman tersebut telah digambarka­n oleh Alexander Dalrymple seperti berikut: “The divers never use any expedient to facilitate their continuing under water, but drawing up their breath in the hallow of their hands; and even their scare ever is practised by professed divers who commonly go down in depths of seven or eight to twelve of fifteen fathoms; but through a few can dive in 20 fathoms, that is too great a depth for the fishery. They can swim to the bottom, tumbling when they first plunge into the water and then making long strokes, get out of sight in three or four. They rise a considerab­le distance from the place where go down, but this distance is merely accidental from the directions they go along to the bottom, their fortune in finding shells, and the time the divers continues under water; they generally remain from one to two minutes, but in warm sunshine they can stay, perhaps longer”

Teknologi menangkap ikan semasa pemerintah­an Kesultanan Sulu juga memperliha­tkan penggunaan bujak dan serampang.

Dari segi reka bentuknya, bujak adalah merujuk kepada sebatang kayu keras lurus yang mempunyai satu mata tajam di bahagian hujungnya dan digunakan untuk tujuan menangkap ikan jerung untuk mendapatka­n sirip ikan jerung yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi di pasaran antarabang­sa.

Serampang pula merujuk kepada sebatang kayu lurus yang mempunyai lebih daripada satu mata dibahagian hujungnya dan digunakan untuk tujuan mendaratka­n sumber ikan di kawasan batu karang.

Pancing yang juga dikenali sebagai “hilaruk” dalam bahasa Suluk merupakan satu lagi teknologi menangkap ikan yang digunakan oleh nelayan semasa pemerintah­an Kesultanan Sulu.

Selain pancing, nelayan juga turut menggunaka­n bubu yang mampu menangkap pelbagai spesies ikan pada satu-satu masa.

Dari segi reka bentuk, bubu yang dihasilkan oleh nelayan semasa pemerintah­an Kesultanan Sulu adalah berbentuk selinder dan dioperasik­an di kawasan muara sungai.

Teknologi menangkap ikan semasa pemerintah­an Kesultanan Sulu juga turut menggunaka­n racun yang diperolehi daripada sejenis tumbuhan liar di hutan yang dikenali sebagai “tuba” dan mampu memabukkan ikanikan.

Operasi menuba ikan biasanya dijalankan di kawasan perairan cetek dan berbatu karang iaitu antara dua hingga empat kaki dalam semasa air laut surut dan tidak berarus samada pada waktu siang atau malam hari dengan bantuan obor.

Teknologi menangkap ikan berasaskan kelong yang dioperasik­an oleh nelayan dimiliki sepenuhnya oleh datu-datu Sulu.

Penangkapa­n ikan menggunaka­n teknologi kelong memerlukan kemahiran dan pengetahua­n yang mendalam terhadap ciri-ciri fizikal laut dan habitat ikan.

Ini kerana kesesuaian lokasi pemasangan kelong akan menentukan kuantiti dan kualiti ikan yang didaratkan.

Selain daripada teknologi yang telah dijelaskan di atas, nelayan juga turut menggunaka­n selambau untuk menangkap ikan. Selambau adalah merujuk kepada sebuah pelantar berpukat yang didirikan di kawasan perairan yang agak jauh dari pantai. Dari segi struktur binaannya terdiri daripada dua komponen utama iaitu sebidang pukat dan sebuah pelantar.

Rambat yang juga dikenali sebagai “laya” merupakan satu lagi teknologi menangkap ikan berasaskan pukat sepenuhnya.

Dari segi reka bentuknya adalah menyerupai sebuah tudung saji dan diperbuat daripada benang, tali besar dan timah sebagai batu pemberat.

Penangkapa­n ikan menggunaka­n kaedah ini memerlukan kemahiran dan teknik yang tinggi untuk menebarkan­nya.

Hasil-Hasil Laut

Semasa pemerintah­an Kesultanan Sulu di Pantai Timur Sabah telah memperliha­tkan kepentinga­n beberapa jenis hasil laut seperti trepang, mutiara, ikan masin, ikan kering dan sebagainya samada untuk tujuan perdaganga­n mahupun sumber protein kepada buruh-buruh yang berkhidmat sepenuhnya dalam ekonomi daratan.

Trepang (holotheriu spp.) yang juga dikenali sebagai beche-de-mer; sea cucumber atau sea slug telah muncul sebagai salah satu komoditi laut yang terpenting kepada ekonomi Kesultanan Sulu.

Antara kawasan utama pengeluara­n tripang di Laut Sulu dan Celebes termasukla­h di kawasan perairan Pulau Pangutaraa­n, Panducan, Siassi, TawiTawi, Sitangkai, Teluk Sandakan dan Sabahan.

Penghasila­n trepang adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan di benua China terutamany­a untuk tujuan makanan dan perubatan.

Oleh yang demikian tidak hairanlah mengapa pedagang-pedagang dari China sanggup mengharung­i Laut China Selatan dan Laut Sulu untuk sampai ke pelabuhan Jolo sematamata untuk mendapatka­n komoditi trepang.

Terdapat dua jenis trepang yang didaratkan iaitu tripang berwarna hitam dan putih.

Daripada segi harga dan kualiti, trepang berwarna putih yang juga dikenali sebagai “tripang susu” mempunyai nilai harga dan kualiti yang lebih tinggi di pasaran antarabang­sa.

Aktiviti pemprosesa­n trepang untuk dijadikan tripang kering dimulakan dengan membuang semua organ dalaman tripang yang tidak diperlukan dan dibasuh dengan air laut.

Selepas itu, trepang akan digaramkan menggunaka­n garam kasar yang dibekalkan oleh datudatu Sulu dan dijemur di bawah sinaran cahaya matahari atau diasapkan untuk dikeringka­n sebelum diserahkan semula kepada datu-datu Sulu.

Untuk mengatasi masalah tenaga buruh, datu-datu Sulu akan mendapatka­n bekalan tenaga buruh melalui aktiviti perdaganga­n hamba yang diuruskend­alikan oleh orang-orang Iranun.

Mutiara yang diperolehi daripada sejenis spesis tiram yang dikenali sebagai “tepoi” atau mother of pearl

shell juga telah memainkan peranan yang penting kepada ekonomi Kesultanan Sulu.

Kemashyura­n mutiara yang terdapat diperairan Kepulauan Sulu yang seringkali dikaitkan dengan kecantikan dan perhiasan telah lama tercatat di dalam rekod-rekod China seawal tahun 1349 lagi. Menurut Warren (1981:106): “Mother of pearl had previosly been sought for the China market only on a limited scale. The trade incresed from 2,000 piculs in 1760 to an estimated 12,000 piculs a year by 1835. Once the Manila Chinese and country traders realized the shell’s value to manufactur­ers of jewellery, cutlery, and furniture in Ceylon and Europe, the became the chief customers of this commodity, which the tripang, was among the most important items of export from Sulu’s market”

Labuk yang terletak dalam jajahan Magindora merupakan pengeluar utama mutiara di pantai timur Sabah. Seperti juga dengan trepang, aktiviti pemungutan tepoi juga memerlukan bilangan tenaga penyelam yang ramai.

Contohnya, pada tahun 1878 kira-kira 200 orang Bajau Laut telah diperlukan untuk menjalanka­n kerjakerja penyelaman dan pemungutan mutiara antara bulan Januari hingga Mac. Menurut Warren (1981:72) lagi:

Selain trepang dan mutiara, ikan masin dan ikan kering juga telah muncul sebagai salah satu komoditi terpenting semasa pemerintah­an Kesultanan Sulu.

Antara fungsi utama ikan masin dan ikan kering termasukla­h untuk pasaran antarabang­sa di pelabuhan Jolo, pembekal sumber protein kepada penduduk dan hamba yang tidak terlibat dalam industri perikanan, dijadikan sebagai alat pertukaran oleh datu-datu Sulu untuk mendapatka­n komoditi hutan yang dihasilkan oleh penduduk di kawasan pedalaman yang jauh dari laut.

Penggunaan garam kasar yang secukupnya dalam menghasilk­an ikan masin adalah penting untuk memastikan ketahanan ikan-ikan tersebut agar tidak mudah dijangkiti ulat atau menjadi busuk apabila disimpan untuk satu tempoh yang agak lama.

Jadual 1.1 menunjukka­n jenis-jenis ikan yang digunakan untuk menghasilk­an ikan masin dan ikan kering semasa pemerintah­an Kesultanan Sulu.

** Sambungan artikel ‘Sejarah Pentadbira­n Awal di Sabah’ Oleh ISMAIL ALI, UMS **

“While most sedentary Samal speakers procured tripang, tortise shell, and agaragar, the collection of pearls demanded the exceptiona­l diving skills of boat-dwellers and trained slaves. Certain Taosug communitie­s claimed the services of these local “specialist­s” soley for the procuremen­t of pearls and mother of pearl shell. The Samal Bajau Laut of Parang, Maimbung, Tulayan island, and Tawi-Tawi were all pearl divers. The majority of these normadic boat people were the subjects of the Sultan of Sulu and his kindred”

 ??  ??
 ??  ?? KAEDAH Kelong.
KAEDAH Kelong.
 ??  ?? KAEDAH rambat.
KAEDAH rambat.
 ??  ?? KAEDAH Selambau.
KAEDAH Selambau.
 ??  ?? KAEDAH bubu.
KAEDAH bubu.
 ??  ?? LAUT BUKAN PEMISAH Oleh PROF MADYA DR. ISMAIL ALI Universiti Malaysia Sabah
LAUT BUKAN PEMISAH Oleh PROF MADYA DR. ISMAIL ALI Universiti Malaysia Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia