Utusan Borneo (Sabah)

Puteri Beluran siap siaga hadapi PRU-14

37 PDM dijelajah tambat hati pengundi

- Oleh YUSOP TEPPO

P

UTERI Umno Bahagian Beluran sudah siap siaga dalam menghadapi Pilihanray­a Umno Ke-14 (PRU-14) bagi memastikan kemenangan calon-calon Barisan Nasional dalam Parlimen Beluran. Ketua Puteri Umno Bahagian Beluran Julie Sabran berkata pihaknya sedang giat mendaftar

pengundi-pengundi muda dalam Parlimen Beluran.

“Puteri Umno Beluran juga telah melaksanak­an pelbagai program dan turun padang dalam bertemu pengundi-pengundi muda,” katanya.

Beliau berkata Puteri Umno Beluran juga akan memperbany­akkan program-program bagi menawan hati pengundi muda dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parlimen Beluran.

“Sebanyak 37 PDM dalam Parlimen Beluran ini akan dijelajah oleh Puteri Umno Beluran dalam program akan datang ini,” katanya.

Julie berkata Puteri Umno Beluran akan terus memberi penjelasan dan penerangan kepada pengundi terutamany­a pengundi muda agar tidak terpengaru­h dengan partiparti politik yang wujud ketika hampir PRU-14 ini.

“Kita juga akan beri penerangan pengundi muda mengenai isuisu semasa yang tidak tepat dibangkitk­an oleh pembangkan­g.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Puteri Umno Bahagian Beluran dan Majlis Hi Tea bersama Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Hajah Mas Ermieyati Samsudin di Four Point Sheraton Sandakan, petang kelmarin.

Julie yang juga Exco Puteri Umno Malaysia berkata pada mesyuarat ini ia telah merangka beberapa program-program puteri turun padang di setiap PDM Parlimen Beluran.

“Terima kasih diatas kehadiran ketua-ketua puteri yang hadir sama pada mesyuarat dan jamuan bersama Ketua Puteri Umno Malaysia yang kita laksanakan hari ini,” katanya.

Pada majlis itu juga, Julie memberitah­u pengundi dalam Parlimen Beluran terkini mempunyai seramai 24 ribu orang pengundi.

“Mengenai 30 peratus calon wanita pada PRU-14 yang hangat diperkataa­n ia adalah terpulang kepada pucuk pimpinan kita hari ini,” katanya.

Katanya beliau yakin dan percaya kepimpinan tertinggi akan memberi peluang kepada calon muda terutama di Parlimen Beluran ini bagi menarik orang muda yang berada di luar bandar agak jauh ketinggala­n berbanding orang muda yang berada di bandar.

“InsyaAllah Puteri Umno Bahagian Beluran akan memberi kerjasama dan komitmen tinggi kepada kepimpinan Umno Bahagian Beluran dan Jawatankua­sa Barisan Nasional (BN) Beluran bagi memastikan kemenangan BN pada PRU-14,” katanya.

Julie berkata Puteri Umno Beluran akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Turut hadir pada program berkenaan, ketua-ketua Puteri Umno Negeri Sabah dan barisan Exco Puteri Sabah.

“Puteri

Umno Beluran juga telah melaksanak­an pelbagai program dan turun padang dalam bertemu pengundi-pengundi muda. JULIE SABRAN Ketua Puteri Umno Bahagian Beluran

 ??  ?? MAS Ermieyati menyampaik­an amanat kepada puteri-puteri Umno Beluran pada majlis berkenaan.
MAS Ermieyati menyampaik­an amanat kepada puteri-puteri Umno Beluran pada majlis berkenaan.
 ??  ?? MAS Ermieyati dan Julie merakam gambar kenangan bersama jawatankua­sa Puteri Umno Beluran.
MAS Ermieyati dan Julie merakam gambar kenangan bersama jawatankua­sa Puteri Umno Beluran.
 ??  ?? JULIE (kiri) mengiringi Mas Ermieyati (tengah) sejurus tiba ke majlis berkenaan.
JULIE (kiri) mengiringi Mas Ermieyati (tengah) sejurus tiba ke majlis berkenaan.
 ??  ?? JULIE menyampaik­an ucapan pada majlis itu.
JULIE menyampaik­an ucapan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia