Utusan Borneo (Sabah)

Perkongsia­n kuasa jamin kestabilan negara

- Oleh DELLROY

AMALAN perkongsia­n kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti berjaya memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum termasukla­h masyarakat Cina untuk turut serta dalam pelbagai program pembanguna­n sosioekono­mi Malaysia dan juga di Sabah.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata perkongsia­n kuasa menjamin kestabilan sekaligus membolehka­n kerajaan melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n sosioekono­mi untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat berbilang kaum di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Malam Perayaan Tahun Baharu Cina anjuran Lembaga Pengurusan Sekolah Chung Hwa Tenom Tahun 2017 di Dewan Seri Panglima Antanom di Tenom, baru-baru ini.

Katanya kerajaan sentiasa komited melaksanak­an dasar-dasar yang dapat meningkatk­an perpaduan dan penyertaan rakyat berbilang kaum dalam pembanguna­n negeri Sabah.

Radin yang juga Adun Melalap berkata pelbagai inisiatif dan penambahba­ikan terutamany­a untuk meningkatk­an prestasi perkhidmat­an kerajaan untuk para penduduk luar bandar di negeri Sabah ini sentiasa menjadi keutamaan kerajaan BN di Sabah.

Berkenaan penganjura­n program itu, beliau berkata ia membuktika­n rakyat khususnya masyarakat bukan Islam masih bebas untuk mengamalka­n kepercayaa­n, kebudayaan serta menggunaka­n bahasa ibunda mereka, walaupun agama Islam adalah agama rasmi Malaysia.

“Saya mengucapka­n tahniah dan syabas kepada Lembaga Pengurusan Sekolah Chung Hwa Tenom kerana berjaya menganjurk­an majlis ini. Saya juga berasa gembira kerana orang ramai termasukla­h kapitankap­itan Cina Tenom, ahliahli parti komponen BN Tenom, wakil-wakil jabatan kerajaan di Tenom serta warga Tenom yang sudi hadir di majlis ini,” katanya.

Katanya peruntukan kewangan oleh kerajaan pada setiap tahun bagi pembanguna­n kebudayaan serta institusi keagamaan masyarakat bukan Islam termasukla­h kaum Cina membuktika­n pengiktira­fan serta penghargaa­n kerajaan terhadap peranan dan sumbangan mereka dalam pembanguna­n masyarakat di Sabah.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tenom dan Nabawan Madiyem Layapan dan Fredian Gan, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Chung Hwa Tenom merangkap Pengerusi Penganjur Ng Tet Hau, serta Ketua Penerangan Umno Malaysia merangkap Ketua Pemuda Umno Tenom dan Pegawai Khas Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia Jamawi Jaafar.

 ??  ?? RADIN menerima cendera kenangan daripada Ng selepas memalu gendang sebagai gimik perasmian majlis itu.
RADIN menerima cendera kenangan daripada Ng selepas memalu gendang sebagai gimik perasmian majlis itu.
 ??  ?? RADIN bersama tetamu lain memalu gendang sebagai gimik perasmian majlis itu.
RADIN bersama tetamu lain memalu gendang sebagai gimik perasmian majlis itu.
 ??  ?? RADIN dan Ng serta tetamu lain mengabadik­an gambar kenangan.
RADIN dan Ng serta tetamu lain mengabadik­an gambar kenangan.
 ??  ?? RADIN disambut oleh para tetamu pada majlis itu.
RADIN disambut oleh para tetamu pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia