Utusan Borneo (Sabah)

Budak kampung reka motosikal dua alam

Mohd Faizol mengubah suai motosikal ‘dua alam’ hingga mampu mengharung­i banjir

-

SELEPAS popular sekelip mata awal bulan ini, perkembang­an Mohd Faizol Lokman, pemuda kreatif yang mengubah suai motosikal ‘dua alam’ hingga mampu mengharung­i banjir, masih menarik minat umum.

Mohd Faizol, 30, mekanik motosikal sambilan dari Kampung Gerung, dekat Kampung Apal, di Besut, Terengganu berterusan menerima kunjungan pelbagai pihak yang berminat mendengar sendiri kemampuann­ya mengubah suai motosikal klasik Honda C70 hingga mampu ‘menyelam’ dengan berbekalka­n kos RM50 sahaja.

Dikenali sebagai Jojo Kechik, pemuda ini mendapat perhatian netizen di seluruh dunia selepas rakaman video pada 4 Januari berdurasi 1 minit 24 saat memaparkan dia bersama kakaknya (Khaizurain­i, 35) membonceng motosikal meredah air setinggi satu meter, menerima lebih 10 juta tontonan dan dikongsi lebih 25,800 penonton di YouTube.

Ketika ditemu bual, pemuda itu mengakui masih menjalani kehidupan seharian seperti biasa iaitu bekerja sebagai buruh dan menjadi mekanik pada hujung minggu.

Sebagaiman­a orang lain, beliau juga menyimpan cita-cita untuk berjaya dalam hidup dan berharap ada pihak tampil membantu beliau mengembang­kan bakat sedia ada agar ia lebih komersial.

Berikut petikan temu bual Bernama bersama Mohd Faizol berhubung perkembang­an dirinya ketika ditemui di kampung halamannya di sini.

Bernama: Siapa yang datang menemui Mohd Faizol sejak popular di laman sosial?

Mohd Faizol: Ramai juga antaranya Anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh dan beliau sempat bertanya tentang komponen yang saya gunakan untuk motosikal ini. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi Mohd Iskandar Jaafar juga datang. Pada awalnya mereka tidak sangka yang jadi tular itu orang kampung sini. Bangga juga sebenarnya.

Bernama: Apa ulasan

mereka?

Mohd Faizol: Datuk Seri Idris kata ciptaan saya ini boleh dikomersil­kan dan saya mungkin lebih berjaya jika ia diketengah­kan. Ada beberapa kenalan menerusi media sosial Facebook beri cadangan supaya patenkan (mendaftar) ciptaan ini (sebagai harta intelek) agar tidak diciplak.

Tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya. Kalaulah ada yang boleh bantu saya bermula daripada paten hinggalah komersilka­nnya, saya amat bersyukur. Saya hanya bersekolah sehingga tingkatan empat jadi saya akui tidak mampu bergerak sendiri kecuali ada pihak tertentu membantu.

Bernama: Adakah Mohd Faizol bersedia jika ada yang berminat untuk datang membantu dan membentuk Mohd Faizol menjadi makanik yang lebih baik? Mohd Faizol: Memang. Mungkin ada bengkel atau kursus yang disediakan tenaga pakar. Mana tahu cakap-cakap orang kampung bahawa saya boleh cipta motosikal yang macam kapal selam tu jadi kenyataan. Setakat ini ia mampu meredah air lebih semeter dan bergerak sejauh manapun, selagi masih mempunyai minyak (petrol).

Sebenarnya di kampung ini, ramai anak muda yang cipta motor banjir ini pada 2013, tetapi dari tahun ke tahun saya tambah baik rekaan ini. Pada 2015 tak banjir, sehinggala­h hujung tahun 2016 baharulah banjir. (Mereka guna) Peralatan yang sama tapi saya perkemas dan pertingkat ciptaan itu. Mula-mula guna getah, tapi lama kelamaan getah akan cair dan bengkok (kerana panas) apabila enjin dihidupkan. Jadi saya guna bahan lain untuk gantikan getah.

Bernama: Ciptaan Mohd Faizol bukan rahsia lagi kerana kaedahnya telah diketahui ramai. Bagaimana Mohd Faizol ingin pastikan tiada yang meniru dan komersilka­nnya sebelum ia dipatenkan?

Mohd Faizol: Itu yang saya bingung sebab ada juga individu dari luar negara yang hubungi saya untuk membeli video serta kepakaran saya selepas melihat dalam YouTube. Ada yang kata sangat kreatif kerana tak sangka bahan terbuang juga mampu digunakan. Inovasi ‘ala-ala kampung’ ini sebenarnya hebat di mata dunia. Kalau ada pereka yang mempunyai pengalaman yang sama, mungkin mereka boleh bantu saya dari segi pandangan dan saya yakin masih ramai insan di luar sana yang juga kreatif tetapi tidak tahu bagaimana ingin

memanfaatk­annya.

Bernama: Bagaimana rakan sekampung menerima perkembang­an diri Mohd Faizol yang semakin popular sedangkan mereka juga pernah membuat perkara yang sama?

Mohd Faizol: Ini namanya nasib dan rezeki. Kawan-kawan masih sama dan sebenarnya semasa rakaman video dibuat, selain saya, turut sama beberapa rakan lain yang harungi banjir. Ada sahabat kata bahawa saya telah popularkan budak kampung. Kami tidaklah hebat seperti mereka yang ada bengkel motor canggih. Bengkel kami di belakang rumah sahaja, tetapi alhamdulil­lah motor kami hebat juga. Saya masih menerima ucapan tahniah daripada banyak pihak hingga ada yang sangka saya dapat banyak wang kerana selalu keluar dalam media. Tapi sebenarnya tiada apa-apa (bayaran wang) sehingga hari ini.

Bernama: Sekiranya ada pihak tertentu ingin membantu dalam tempoh terdekat ini, apa yang Mohd Faizol ingin lakukan?

Mohd Faizol: Saya mahu tubuhkan skuad ‘motor banjir’. Kasihan juga tengok orang tua harungi air banjir sementara tunggu diambil lori atau bot penyelamat. Sebenarnya saya dan rakan lain ada juga membantu mangsa banjir terutama mereka yang tidak berpindah ke pusat pemindahan. Mereka akan pesan barang keperluan dan kami membelinya di kedai. Semuanya secara percuma. Motor mampu bergerak lebih laju jika tiada arus deras. Semasa banjir, ada skuad pacuan empat roda, ada bot dan jentolak tetapi tiada lagi skuad motor macam ni. Di kampung ini sahaja, seramai 15 anak muda yang mempunyai motor yang hampir sama, cuma sama ada akan rosak ataupun tidak sahaja ketika di dalam air.

Jika ada kemampuan kewangan dan ruang masa, saya berhasrat kumpul sekurang-kurangnya 50 orang untuk bertugas di sekitar Besut dan Hulu Terengganu ketika banjir. Mungkin di kawasan yang sempit dan jalan kecil yang penyelamat lain susah masuk, kami boleh menggunaka­n motosikal ‘dua alam’ ini untuk membantu mangsa.

Bernama: Bagaimana dan berapa kos sebenar untuk mengubah motosikal ‘dua alam’ ini?

Mohd Faizol: Kos sebenar tidaklah mahal, hanya kira-kira RM50. Tetapi selepas digunakan dalam banjir, kosnya menjadi lebih mahal untuk gantikan beberapa aksesori. Minyak hitam juga perlu ditukar kerana bimbang air masuk enjin. Motosikal ini dapat bertahan dalam air selagi sambungan tangki minyak dan karburator yang diubah suai tidak dimasuki air.

Bernama: Pernahkah Mohd Faizol terfikir akan dikenali hingga ke seluruh dunia seperti sekarang?

Mohd Faizol: Memang tak sangka. Sebenarnya, saya muatkan video itu ketika saya dan kakak sekadar ‘suka-suka’ bermain air banjir di rumah mak saya. Saya terkejut pada mulanya bila berduyun-duyun notifikasi masuk menerusi Facebook dan video itu pula dikongsi ribuan pengguna Facebook. Ketika tu saya hanya mampu tersenyum seorang diri. — Bernama

Mana tahu cakap-cakap orang kampung bahawa saya boleh cipta motosikal yang macam kapal selam tu jadi kenyataan. Setakat ini ia mampu meredah air lebih semeter dan bergerak sejauh manapun, selagi masih mempunyai minyak (petrol).

 ?? — Gambar Bernama ?? MOHD FAIZOL menunjukka­n komponen dan hos tambahan yang digunakan sebagai pengubahsu­aian bagi membolehka­n motosikaln­ya meredah banjir. Kombinasi gambar di atas menunjukka­n rakaman gambar video beliau bersama motosikal dan rakannya ketika meredah banjir...
— Gambar Bernama MOHD FAIZOL menunjukka­n komponen dan hos tambahan yang digunakan sebagai pengubahsu­aian bagi membolehka­n motosikaln­ya meredah banjir. Kombinasi gambar di atas menunjukka­n rakaman gambar video beliau bersama motosikal dan rakannya ketika meredah banjir...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD FAIZOL bersama motor yang digunakann­ya ketika meredah banjir yang menjadi tular di media sosial barubaru ini.
MOHD FAIZOL bersama motor yang digunakann­ya ketika meredah banjir yang menjadi tular di media sosial barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia