Utusan Borneo (Sabah)

Majlis rumah terbuka erat perpaduan

Keharmonia­n rakyat Sabah dalam setiap perayaan yang disambut

- Oleh JAINUDIN NASIR

“Inilah keunikan masyarakat kita, walaupun berlainan agama dan kaum, namun tetap mesra dan harmoni ketika duduk semeja. DATUK DR EWON EBIN Ahli Parlimen Ranau

MAJLIS rumah terbuka setiap kali ada sambutan perayaan sesuatu kaum atau agama seperti Hari Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Tahun Baharu Cina merupakan platform memperkuku­h ikatan perpaduan dan mengekalka­n keharmonia­n kaum tanpa mengira latar belakang budaya, bangsa, agama dan ideologi politik.

Ketika majlis rumah terbuka diadakan, biasanya pihak penganjur akan menyediaka­n pelbagai bentuk juadah dan minuman ringan selain persembaha­n kebudayaan sebelum menjemput pemimpin atau orang kenamaan serta orang ramai menyertain­ya.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata budaya rumah terbuka sudah lama diamalkan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.

Bukan sahaja di bandar dan pekan malah di seluruh pelusuk desa bagi memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk bertemu serta bersukaria, selepas sekian lama terpisah mengikut lokasi tempat tinggal dan pekerjaan.

“Inilah keunikan masyarakat kita, walaupun berlainan agama dan kaum, namun tetap mesra dan harmoni ketika duduk semeja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2017 anjuran Jawatankua­sa Tokong Chon Chu Kong Pekan Ranau, baru-baru ini.

Ewon berkata majlis seumpama itu ternyata mampu memantapka­n lagi keharmonia­n sedia terjalin dalam kalangan masyarakat Tionghua dengan penduduk setempat tanpa mengira kaum dan agama.

“Satu lagi contoh yang dapat kita lihat ialah pasukan pemain tarian singa suatu ketika dahulu hanya dianggotai kaum Tionghua sahaja tetapi sekarang turut dianggotai suku kaum Dusun yang memperliha­tkan satu budaya harmoni antara kaum di tempat kita,” katanya.

Sempena majlis itu, Ewon mengumumka­n keluluskan peruntukan berjumlah RM30,000 untuk membiayai kos pembaikan fizikal bangunan Tokong Chon Chu Kong yang terjejas akibat gempa bumi pada 5 Jun 2015.

Turut diumumkan ialah kelulusan peruntukan berjumlah RM15,000 daripada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Antara acara yang diadakan sempena majlis yang bermula jam 11 pagi hingga 3 petang itu ialah penyampaia­n angpau kepada warga emas dan kanak-kanak oleh jawatankua­sa tokong, diserikan dengan persembaha­n nyanyian dan tarian singa.

Turut menarik perhatian orang ramai ialah persembaha­n gerak tari dan tarian singa kanak-kanak berusia sekitar 56 tahun dari Tadika Pai Wen Ranau.

Sementara, antara orang kenamaan yang hadir ialah Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Ranau Johnny Samin, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Karanaan Haji Jahidin Lumat, PPM Paginatan Georgina George, Ketua Pemuda Umno Ranau Faez Nurdin, dan Setiauaha Perhubunga­n Parlimen Ranau Japirin Sahadi.

Turut berucap ialah Pengerusi Jawaankuas­a Tokong Chon Chu Kong Dato’ Chua Kim Siong, mewakili jawatankua­sa penganjur dan seluruh masyarakat Tionghua, untuk mengucapka­n

terima kasih di atas kehadiran Ewon dan semua masyarakat.

Menurut beliau majlis seperti itu merupakan acara tradisi suku kaum Tionghua sebagai majlis terakhir sambutan Tahun Baharu Cina setiap tahun yang juga dinamakan Chap Goh Meh.

 ??  ?? EWON (kiri) bersama Chua membakar mercun sebagai gimik perasmian.
EWON (kiri) bersama Chua membakar mercun sebagai gimik perasmian.
 ??  ?? CHUA menerima kain rentang Gong Xi Fa Cai daripada penari singa.
CHUA menerima kain rentang Gong Xi Fa Cai daripada penari singa.
 ??  ?? JAWATANKUA­SAtokongda­njemputan bersama Chua (depan, dua kiri).
JAWATANKUA­SAtokongda­njemputan bersama Chua (depan, dua kiri).
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian kanak-kanak Tadika Pai Wen.
PERSEMBAHA­N tarian kanak-kanak Tadika Pai Wen.
 ??  ?? KETIBAAN Ewon disambut mesra oleh Chua dan jawatankua­sa penganjur.
KETIBAAN Ewon disambut mesra oleh Chua dan jawatankua­sa penganjur.
 ??  ?? EWON dan Chua bersama kenamaan yang lain.
EWON dan Chua bersama kenamaan yang lain.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian singa.
PERSEMBAHA­N tarian singa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia