Utusan Borneo (Sabah)

Enam KRT jayakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

- -Oleh JAINUDIN NASIR

SELEPAS kejayaan program pembukaan Tamu Mingguan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Ranau tahun lalu, kini enam KRT Ranau bergabung untuk menganjurk­an sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Mini Kampung Sinarut Baru, Sabtu lepas.

Enam KRT itu ialah KRT Kg Muhibbah (tuan rumah), KRT Kg Marakau (Naudu), KRT Kg Sinarut Baru, KRT Kg Lingkudau, KRT Kg Paka Jaya dan KRT Kg Damalang.

Kejayaan menganjurk­an program murni itu pastinya mencapai matlamatny­a untuk mengeratka­n parpaduan dalam kalangan ahli KRT dengan masyarakat setempat tanpa mengira suku kaum dan agama.

Pegawai Perpaduan Daerah Ranau Mohd Fadzil Sulaiman dalam ucapannya memuji kejayaan pelaksanaa­n program itu.

Beliau menyifatka­nnya sebagai landasan kukuh menyediaka­n ruang dan peluang serta suasana yang memberangs­angkan kepada pemimpin dan masyarakat untuk berinterak­si bagi mengeratka­n lagi jalinan kerjasama dan hubungan.

“Program seperti ini juga sebagai platform kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dan menggalakk­an percambaha­n idea baharu ke arah memantapka­n peranan serta tanggungja­wab masing- masing dalam mentadbir Rukun Tetangga (RT).

“Menerusi program ini juga, kita berharap dapat memperkuku­hkan integrasi, keharmonia­n dan perpaduan sedia terjalin di antara warga Jabatan Perpaduan dengan KRT, selaras dengan matlamat menerapkan pengamalan nilai-nilai Aspirasi 1Malaysia sebagai elemen perpaduan dalam komunikasi serta interaksi masyarakat berbilang kaum seperti penerimaan, berintegri­ti, bekerjasam­a, bertanggun­gjawab, patriotik dan hormatmeng­hormati,” katanya.

Berucap sama ialah Pengerusi KRT Kg Muhibbah Tan Eng Sing dan hadir sama ialah para pengerusi KRT serta ratusan ahli KRT Ranau.

Turut hadir ialah Pengerusi KRT Seremban Negeri Sembilan, Harizan Hamzah dan rombongan anggota PDRM IPD Ranau diketuai Insp Runi Said.

Selain hidangan juadah untuk para tetamu, majlis telah diserikan dengan persembaha­n nyanyian karaoke, tarian singa daripada Persatuan Peranakan Tionghua Chon Chu Kong Pekan Ranau, tarian kebudayaan oleh Kumpulan Sinondo Kinabalu dari SMK Mat Salleh Ranau dan diakhiri tarian poco-poco oleh para ahli KRT.

 ??  ?? FADZIL (kiri) dan Tan mendendang­kan lagu Gong Xi Fa Cai.
FADZIL (kiri) dan Tan mendendang­kan lagu Gong Xi Fa Cai.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian oleh Sinondo Kinabalu dari SMK Mat Salleh.
PERSEMBAHA­N tarian oleh Sinondo Kinabalu dari SMK Mat Salleh.
 ??  ?? FADZIL (kiri) memegang pinggan berisi limau mandarin sebagai simbolik perasmian majlis diperhatik­an Tan.
FADZIL (kiri) memegang pinggan berisi limau mandarin sebagai simbolik perasmian majlis diperhatik­an Tan.
 ??  ?? TAN (lapan kiri) bersama Fadzil dan para jemputan yang lain.
TAN (lapan kiri) bersama Fadzil dan para jemputan yang lain.
 ??  ?? ANTARA aksi para penari tarian poco-poco.
ANTARA aksi para penari tarian poco-poco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia