Utusan Borneo (Sabah)

Pelancaran misil Utara menguji Trump

Tindakan terbaharu Pyongyang mendapat kecaman serta-merta para sekutu AS

-

SEOUL: Korea Utara semalam sekali lagi melancarka­n ujian misil balistik dalam langkah yang dikecam Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang mendapat sokongan Presiden baharu Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Abe membidas pelancaran itu sebagai tidak dapat diterima sama sekali, manakala Korea Selatan menuduh Pyongyang sengaja menguji reaksi Trump.

Misil itu dilancarka­n sekitar jam 7.55 pagi waktu tempatan dari pangkalan udara Banghyon di wilayah barat Pyongan Utara, dan terbang ke timur ke arah Laut Jepun (Laut Timur), menurut kementeria­n pertahanan Selatan.

Ia terbang sejauh 500 kilometer sebelum jatuh ke dalam laut, menurut jurucakap kementeria­n.

Jenis sebenar misil yang digunakan bagaimanap­un belum dikenal pasti, tambah beliau.

“Turut dipercayai ia merupakan provokasi bersenjata untuk menguji respons daripada pentadbira­n baharu AS di bawah Presiden Trump,” tambahnya.

Perintah Strategik AS berkata, mereka mengesan dan menjejaki apa yang dinilai sebagai misil balistik jarak sederhana yang kali terakhir dijalankan pada Oktober lalu.

Trump memberi respons dengan memberi jaminan kepada Abe yang sedang melawat AS bahawa Washington komited kepada keselamata­n sekutu utama Asianya itu yang berada dalam jarak misil berkenaan.

Jurucakap kerajaan Jepun Yoshihide Suge memberitah­u wartawan di Tokyo bahawa ujian tersebut adalah pro- vokasi jelas bagi Jepun dan wilayah.

Korea Utara diharamkan oleh resolusi PBB daripada menggunaka­n teknologi misil balistik, tetapi enam set sekatan sejak ujian nuklear pertama pada 2006 gagal memaksa Utara tunduk.

Tahun lepas ia menjalanka­n dua ujian nuklear serta banyak pelancaran misil dalam usaha membangunk­an sistem persenjata­an nuklear yang mampu sampai ke tanah besar AS.

Pegawai tentera Korea Selatan yang dipetik sebagai berkata agensi berita Yonhap menolak kemungkina­n ujian misil jarak jauh dan menggambar­kan misil yang dilancarka­n itu sebagai versi naik taraf misil Rodong.

Bulanlepas­pemimpinUt­ara Kim Jong-Un mendakwa Pyongyang dalam peringkat akhir pembanguna­n misil balistik antara benua (ICBM) dalam cubaan jelas untuk menekan Trump yang menjawab balik dalam Twitter dengan komen “Ia tidak akan berlaku.”

Ahli akademik Yang MooJin yang berpangkal­an di Seoul menyifatka­n ujian terbaharu itu merupakan pelancaran keraian sempena hari jadi Kim Jong-Il pada 16 Februari, bekas pemerintah dan mendiang bapa Kim.

Ini disebabkan Pyongyang kerap meraikan ulang tahun utama melibatkan bekas dan pemimpin semasa dengan pelancaran misil, tambah Yang yang merupakan profesor di Universiti Kajian Korea Utara.

Pemangku Presiden Korea Selatan Hwang Gyo-Ahn berikrar akan mengenakan hukuman sewajarnya sebagai respons kepad apelancara­n itu menjelang lawatan ke Seoul oleh Setiausaha Pertahanan AS James Mattis bulan ini yang pernah memberi amaran kepada Pyongyang bahawa sebarang serangan nuklear akan disambut dengan respons efektif dan menyeluruh.

Turut mengecam ialah Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull yang menganggap ujian itu sebagai ancaman lanjut kepada kestabilan dan keamanan wilayah, sekali gus berikrar untuk bekerjasam­a dengan Beijing, Seoul dan Tokyo untuk terus terus menekan Pyongyang. — AFP

 ??  ?? SEORANG lelaki meneropong kampung propaganda Kaepoong dari pelantar tinjau dekat zon tanpa tentera yang memisahkan kedua-dua negara Korea di Paju, semalam. — Gambar Reuters
SEORANG lelaki meneropong kampung propaganda Kaepoong dari pelantar tinjau dekat zon tanpa tentera yang memisahkan kedua-dua negara Korea di Paju, semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia