Utusan Borneo (Sabah)

NZ lega krisis pendampara­n ikan paus tamat

-

FAREWELL SPIT: Pasukan penyelamat ikan paus semalam yakin gelombang semasa pendampara­n beramai-ramai di New Zealand telah berakhir seleaps ratusan mamalia laut itu mati selepas terkandas di daratan.

Krisis bermula awal Jumaat apabila kawanan 416 ikan paus ditemui terdampar di sepanjang pantai Farewell Spit, disusuli ratusan lagi sepanjang hujung minggu.

Teluk cetek sepanjang 26 kilometer itu dipercayai mempengaru­hi sistem navigasi ikan paus dan kerap menyaksika­n kejadian seumpama itu.

Ketika air pasang rendah bermula awal petang semalam, kira-kira 300 ikan paus pilot berenang keluar dari Teluk Golden di barat laut South Island ke arah perairan dalam Selat Cook.

“Berita baik, kawanan ikan paus sudah jauh berenang,” kata pengurus pemulihara­an wilayah Jabatan Pemulihara­an Andrew Lamason.

“Kami telah menarik keluar bot-bot kami,” katanya ketika ditanya sama ada beliau berhati-hati yakin krisis telah berakhir.

Berita tersebut melegakan ratusan sukarelawa­n yang keletihan yang sudah menghabisk­an masa tiga hari menenangka­n haiwan yang tertekan itu dan memastikan mereka terus sejuk ketika menunggu untuk diapungkan semula semasa air pasang.

Lewat petang kelmarin, apabila penyelamat percaya situasi terkawal, kira-kira 240 ekor ikan paus bergerak antara flotila kecil bot dan rangkaian penyelamat yang berdiri dalam air untuk menghalang mereka masuk ke teluk.

Mereka kemudianny­a terdampar kira-kira tiga kilomter dari pendampara­n pada Jumaat.

Menjelang pagi semalam, kebanyakan­nya mulai terapung dan apabila air pasang tinggi pekerja sukarelawa­n memandu arah mereka kembali ke laut.

Kebanyakan sukarelawa­n yang berkumpul di tepi pantai menangis sebaik diberitahu pendampara­n telah berakhir.

Lamason menganggar­kan 666 ekor ikan paus pilot telah terkandas dalam pendampara­n kali ini.

Terdapat rujukan dalam media sosial bahawa pendampara­n tersebut ada kaitan dengan gempa bumi 5.2 magnitud awal semalam dekat Kaikoura, yang rosak terut akibat gempa 7.8 pada November.

Persoalan sama dibangkitk­an pada 2011 apabila 107 ikan paus pilot terdampar di Pulau Stewart luar pantai tanah besar New Zealand, hanya dua hari sebelum 185 orang maut dalam gempa bumi di Christchur­ch.

Namun saintis menolak teori tersebut.

“Tiada bukti jelas bahawa pendampara­n ada kaitan kejadian gempa bumi.

“Bagi mamalia marin, kejadian ini kebanyakan­nya tiada kesan bagi mereka. Saya percaya ikan paus itu hanya tersilap langkah,” kata ahli biologi marin Universiti Auckland Rochelle Cons-tantine kepada akhar New Zealand Herald. — AFP

 ??  ?? GAMBAR yang dirakam kelmarin menunjukka­n bangkai seekor ikan paus pilot terdampar di pantai ketika pekerja sukarelawa­n giat menyelamat­kan yang lain semasa pendampara­n di Farewell Spit membabitka­n 666 ekor ikan paus. — Gambar AFP
GAMBAR yang dirakam kelmarin menunjukka­n bangkai seekor ikan paus pilot terdampar di pantai ketika pekerja sukarelawa­n giat menyelamat­kan yang lain semasa pendampara­n di Farewell Spit membabitka­n 666 ekor ikan paus. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia