Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki culik, rogol pelancong

-

SYDNEY: Seorang lelaki Australia telah didakwa atas tuduhan menculik dan merogol seorang pelancong muda dari Belgium selepas lelaki itu menjawabny­a dalam talian tentang pekerjaan di ladang, kata polis.

Anggota polis menjumpai wanita berusia 24 tahun itu Jumaat lepas setelah dia menghantar mesej kepada keluargany­a di luar negara bahawa dia sedang ditahan tanpa kerelaanny­a, kata Polis South Australia (SA).

Lelaki berusia 52 tahun itu ditangkap di Meningie, 150 kilometer ke tenggara bandar raya Adelaide, dan didakwa oleh polis atas tiga tuduhan merogol dan satu tuduhan menahan orang secara salah, kata penyiasat lewat kelmarin.

Pelancong itu, yang tiba di negara tersebut Disember lalu, hilang selepas meninggalk­an Adelaide untuk pergi ke Murray Bridge, tenggara bandar raya tersebut, Khamis lepas.

“Dia meletakkan iklan dalam Gumtree untuk mencari pekerjaan di ladang,” kata Inspektor Penyiasat Polis Greg Hutchins kepada pemberita.

Dia menambah bahawa suspek yang didakwa menyerang mangsa telah menjawab iklan tersebut.

“Dia dapat menghantar mesej kepada keluargany­a dan mereka sudah tentu memaklumka­n polis.

“Satu mesej turut dihantar kepada seorang rakan di (negeri) Queensland,” kata Hutchins pada Jumaat lepas.

“Saya difahamkan dia masih bersama polis.

“Dia sihat, tidak cedera dan keluargany­a amat bersyukur kerana dia selamat.”

Lelaki terbabit tidak dibenarkan bebas dengan ikat jamin dan dijadual dibawa ke Mahkamah Majistret Adelaide pada hari ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia