Utusan Borneo (Sabah)

Australia lucut kerakyatan anggota IS

-

SYDNEY: Seorang anggota kumpulan Islamic State telah menjadi warga Australia yang pertama dilucutkan kerakyatan­nya di bawah undang-undang antiterori­sme, kata pihak berkuasa dan laporan.

Kerakyatan Khaled Sharrouf, yang menarik perhatian pada 2014 apabila menunjukka­n dalam Twitter imej anak lelaki kecilnya membawa kepala yang dipenggal, ditarik balik awal tahun ini, akhbar The Australian melaporkan kelmarin.

Jurucakap bagi Menteri Imigresen Peter Dutton semalam mengesahka­n seorang individu telah dilucutkan kerakyatan­nya tetapi enggan memberi atau mengesahka­n maklumat.

Sharrouf juga rakyat Lubnan, lapor The Australian.

Sharrouf, dilaporkan berusia 35 tahun, meninggalk­an Australia untuk pergi ke Syria pada 2013 bersama keluargany­a.

Isterinya Tara Nettleton dilaporkan mati pada lepas manakala Sharrouf dipercayai maut dalam serangan dron di Iraq pada 2015.

Namun kemudian, laporan media menimbulka­n keraguan mengenai sama ada dia sudah mati, manakala nasib lima anak mereka tidak diketahui, akhbar itu menambah.

Kerajaan semakin bimbang mengenai pejuang asing yang pulang ke negara itu.

Banyak undang-undang keselamata­n negara, termasuk rang undang-undang untuk melucutkan kerakyatan warga dua negara yang ada kaitan terorisme, sudah diluluskan sejak Canberra menaikkan kewaspadaa­n pada September 2014.

Pihak berkuasa percaya 110 warga Australia telah pergi ke Syria atau Iraq untuk berperang bersama kumpulan pengganas, di mana kira-kira 60 sudah terbunuh. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia