Utusan Borneo (Sabah)

Polis Brazil berdegil mogok

Hampir 140 maut sejak rakyat jadi ’tebusan’ menuntut gaji

-

“Kami berbincang dengan pegawai kami, dan menggesa semua berfikiran waras. Dan agar mereka kembali bekerja. Kita bercakap mengenai lebih 100 orang yang terbunuh, JULIO CESAR POMPEU Ketua Hak Asasi Manusia Negeri Espirito Santo

RIO DE JANEIRO: Ahli keluarga anggota polis di Brazil menyekat balai penguatkua­saan undang-undang kelmarin untuk membuat bantahan mengenai gaji walaupun persetujua­n sudah dicapai untuk menamatkan mogok anggota polis dan jumlah anggota polis yang terhad di beberapa bandar di negeri tenggara itu.

Sekurang-kurangnya 137 orang sudah dilaporkan terbunuh ketika penjarahan dan rompakan berlaku di negeri Espirito Santo sejak polis melancarka­n mogok seminggu lalu untuk menuntut gaji yang lebih tinggi.

“Kami berbincang dengan pegawai kami, dan menggesa semua berfikiran waras. Dan agar mereka kembali bekerja. Kita bercakap mengenai lebih 100 orang yang terbunuh,” kata ketua hak asasi manusia negeri Espirito Santo, Julio Cesar Pompeu, kepada Agencia Brasil.

Menurut satu perjanjian pada malam Jumaat lepas di antara pihak berkuasa tempatan dengan wakil polis, dengan satu salinan diperolehi AFP, polis sepatutnya kembali bekerja bermula jam 7 pagi kelmarin.

Sebagai balasan, mereka tidak akan menghadapi tindakan disiplin.

Namun tarikh akhir tiba dan pergi, dan situasi masih belum berubah.

Perjanjian berkenaan dicapai selepas pihak berkuasa hilang kesabaran dan berkata mereka memfailkan tuduhan memberonta­k terhadap lebih 700 anggota polis yang enggan meninggalk­an balai mereka.

Polis, yang diklasifik­asikan tentera, dilarang perlembaga­an daripada melancarka­n mogok atau berdemonst­rasi.

Untuk melangkaui undangunda­ng itu, ahli keluarga anggota polis telah menyekat pintu masuk ke semua balai polis di Espirito Santo.

Ahli keluarga polis berkata persetujua­n berkenaan tidak sah kerana wakil mereka tidak menyertai rundingan.

“Mereka tidak dapat menandatan­gani perjanjian di antara mereka. Ini adalah satu pergerakan yang diketuai isteri-isteri anggota polis, dan tiada seorang pun daripada kami yang ada di sana.

“Pergerakan ini diteruskan,” kata isteri seorang anggota polis kepada laman sesawang G1.

Lebih 3,000 anggota tentera meronda di jalan raya manakala polis terus bermogok, tetapi ketegangan begitu tinggi sekali. Perniagaan dan sekolah ditutup sepanjang minggu.

Pada lewat kelmarin, kirakira 600 anggota polis meronda di Vitoria, ibu negeri, tetapi mogok masih diteruskan, kata pegawai kepada Agencia Brasil.

Menteri Undang-undang Raul Jungmann mengakui situasi belum kembali normal namun sejak tentera sampai di sana, penjarahan sudah berhenti dan tidak ramai terbunuh.

Pada Jumaat lepas, mogok sama meletus di beberapa balai polis di Rio de Janeiro berhubung gaji yang tidak dibayar, tetapi jurucakap Mejar Ivan Blaz memberitah­u wartawan “95 peratus” anggota polis bekerja seperti biasa dan negeri serta bandar raya itu selamat.

Situasi di Rio tenang awal kelmarin.

Semangat di kalangan anggota polis jalanan lemah ekoran kegagalan negeri Rio yang hampir muflis untuk membayar gaji sepenuhnya.

Selain itu, pembasmian jenayah yang kejam dan menyaksika­n lebih 3,000 anggota polis maut di Rio sejak 1994 — kadar kematian yang melebihi kadar kematian anggota tentera Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua, menurut satu kajian barubaru ini.— AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SEORANG pegawai polis tentera (kanan) berbincang dengan ahli keluarga para pegawai polis yang menyekat pintu masuk ibu pejabat polis semasa mogok di Vitoria, Espirito Santo kelmarin.
— Gambar Reuters SEORANG pegawai polis tentera (kanan) berbincang dengan ahli keluarga para pegawai polis yang menyekat pintu masuk ibu pejabat polis semasa mogok di Vitoria, Espirito Santo kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia