Utusan Borneo (Sabah)

Bantahan antipolis berterusan di Perancis

-

BOBIGNY: Polis melepaskan gas pemedih mata selepas rusuhan meletus kelmarin di bandar pinggir Paris ketika penunjuk perasaan membantah serangan ke atas seorang lelaki muda berkulit hitam yang didakwa diliwat dengan belantan ketika ditangkap.

Dikeliling­i kontinjen polis yang ramai, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan, ada yang membawa plakad yang menyebut “Perogolan polis” dan “Polis bunuh orang tidak bersalah”, berhimpun di Bobigny, ke timur laut ibu kota Perancis, untuk menuntut “Keadilan bagi Theo”.

Theo, seorang pekerja belia berkulit hitam berusia 22 tahun, memerlukan pembedahan selepas dia ditangkap pada 2 Februari lalu dalam estet “3,000” di bandar pinggir Aulnay-sous-Bois, di mana katanya seorang anggota polis meliwatnya dengan belantan.

Projektil dilontarka­n ke arah polis di sebuah jambatan berjalan kaki dan beberapa kenderaan dibakar dan tingkap dipecah dalam kejadian sampingan kepada protes itu, kata polis.

“Beberapa ratus individu yang ganas dan sangat tangkas” melakukan pelbagai “perbuatan ganas dan kerosakan”, kata jabatan polis Paris.

Dalam satu kenyataan, ia menyenarai­kan projektil yang dilontar ke bangunan awam, empat kenderaan dibakar, dua kedai dan sebuah stesen bas rosak dan beberapa tong sampah dibakar.

“Polis terpaksa campur tangan untuk menyelamat­kan seorang kanak-kanak kecil dalam sebuah kenderaan yang terbakar,” kata polis, yang bagaimanap­un menambah tiada kecederaan dilaporkan setakat ini sewaktu protes.

Dua kenderaan media turut diserang, tanpa sebarang kematian dilaporkan.

Demonstras­i berakhir pada sebelah malam selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Theo, yang masih berada di hospital, dan keluargany­a telah merayu agar semua bertenang ekoran tunjuk perasaan selama beberapa hari berhubung serangan yang didakwa.

Tuduhan merogol sudah difailkan terhadap anggota terbabit dan keempat-empat anggota polis yang terlibat ketika menghentik­an dan memeriksa Theo sudah digantung sementara siasatan dijalankan.

Menjelang pilihan raya presiden pada tahun ini, insiden itu telah dipolitikk­an dengan ketara. Ia turut menggarisk­an keadaan saling tidak percaya-mempercaya­i di antara golongan muda dengan pihak berkuasa di bandar-bandar pinggir Perancis.

“Sepanjang masa, kami diperiksa, kami diserang, mereka bercakap kasar dengan kami, bila kami kata ‘Diam’, kami diberi tamparan kecil,” kata seorang pemuda berusia kira-kira 20 tahun bernama Kenzo kepada AFP.

“Saya tidak menyangka ia masih wujud,” kata Anissa, 18 tahun. “Bagaimanak­ah mereka boleh katakan ia adalah satu kemalangan?”

Rapat umum turut diadakan di kota lain di Perancis, termasuk Rouen di mana kira-kira 200 orang berdemonst­rasi, manakala sekitar 250 orang berhimpun di Toulouse dan lebih 300 orang di Nantes. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ORANG ramai membanjiri tengah Bobigny, kelmarin bagi membantah keganasan polis di mana salah satu sepanduk tertera kata-kata bermaksud ‘Keadilan untuk Theo’ dan lukisan memaparkan wajah mangsa.
— Gambar AFP ORANG ramai membanjiri tengah Bobigny, kelmarin bagi membantah keganasan polis di mana salah satu sepanduk tertera kata-kata bermaksud ‘Keadilan untuk Theo’ dan lukisan memaparkan wajah mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia