Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Turki, pemberonta­k Syria bekerjasam­a usir IS dari Al-Bab

-

BEIRUT: Anggota tentera Turki dan pemberonta­k Syria yang bersekutu dengan mereka memasuki bandar yang dikuasai kumpulan Islamic State (IS), Al-Bab, di utara Syria kelmarin, manakala tentera kerajaan semakin menghampir­i kubu kuat kumpulan jihad itu, kata sebuah badan pemantau.

Agensi berita kerajaan Turki, Anadolu, memetik sumber tentera sebagai berkata seorang askar Turki terbunuh dan seorang lagi cedera dalam pertempura­n dengan IS di Al-Bab.

Tentera Turki dan pemberonta­k bersekutu selama berminggu-minggu menjalani operasi dipanggil ‘Euphrates Shield’ untuk mengusir kumpulan pelampau itu dari bandar terbabit.

Observator­i Hak Asasi Manusia Syria berkata tentera Turki dan militia bersekutu memasuki Al-Bab dari barat dan kemudian menguasai sepenuhnya bandar pinggiran di bahagian barat selepas pertempura­n sengit dengan kumpulan pelampau.

Pertempura­n itu berlaku ketika “Turki melancarka­n serangan bedilan dan udara yang intensif “ke atas AlBab, kata pemantau yang berpangkal­an di Britain itu.

Ia berkata sekurangku­rangnya enam orang awam maut dalam serangan udara dan artileri Turki.

Al-Bab merupakan kubu kuat terakhir kumpulan pelampau itu di wilayah utara Aleppo dan juga sedang disasari tentera rejim.

Sementara tentera perikatan Turki mara dari utara, timur dan barat, tentera kerajaan Syria menyerang dari selatan.

Pada Isnin lepas, tentera Syria memutuskan sebatang jalan menuju ke bandar berkenaan dari selatan dan menjelang Jumaat, mereka berada hanya 1.5 kilometer sahaja dari pinggir selatan Al-Bab.

Turki memulakan kempen luar biasa dalam negara Syria pada Ogos lalu, menyasari IS dan juga militia Kurdis.

Selepas kemajuan yang pantas pada mulanya, kempen itu telah diperlahan­kan sejak Disember lalu oleh pertempura­n berdarah untuk menawan Al-Bab.

Agensi berita Dogan di Turki berkata 66 askar Turki sudah terkorban dalam kempen itu sejak ia bermula, kebanyakan­nya dalam serangan IS.

Pada Khamis lepas, tiga askar Turki maut apabila serangan udara Rusia tanpa sengaja terkena kedudukan mereka dalam serangan yang menyasari IS di Al-Ban.

Moscow berkata ia tidak disengajak­an dan ia sedang disiasat.

Walaupun menyokong pihak berlawanan dalam konflik di Syria – Moscow merupakan sekutu kerajaan manakala Turki menyokong penentang – kedua-dua negara telah bekerja rapat sejak beberapa bulan lalu.

Mereka membantu mengatur gencatan senjata di seluruh negara yang berkuatkua­sa sejak 30 Disember lalu, selain menaja rundingan damai pada bulan lepas di ibu kita Kazakh, Astana.

Al-Bab sudah berada di bawah kuasa IS sejak 2014 apabila kumpulan itu merampas wilayah yang besar di Syria dan negara jiran Iraq, dan mengisytih­arkannya sebagai negara pemerintah­an khalifahny­a.

Sejak beberapa bulan lalu, kumpulan itu sudah diusir di bahagian yang besar di utara Syria, baik oleh kempen Turki mahupun oleh pakatan Kurdis-Arab dikenali sebagai Tentera Demokratik Syria (SDF).

SDF berperang dengan sokongan udara dari perikatan Amerika Syarikat yang menentang IS di Syria dan Iraq, tetapi Turki menganggap komponen Kurdis dalam SDF sebagai “pengganas”.

Pakatan itu sedang bergerak ke ibu kota hakiki IS di Syria, Raqa, dalam satu operasi yang dipanggil “Wrath of the Euphrates”.

Kemaraan ternyata perlahan, sebahagian­nya, menurut pegawai SDF, kerana IS telah memasang bom jerangkap samar di wilayah sekeliling wilayah Raqa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia