Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan berarak bantah k’jaan Romania

-

BUCHAREST: Ribuan penunjuk perasaan sanggup menempuh keadaan sejuk untuk berarak di kota-kota utama Romania kelmarin, selepas mereka marah dengan cubaan kerajaan untuk melonggark­an undang-undang antirasuah.

Di ibu kota Bucharest, di mana rapat umum besar dirancang semalam, kira-kira 3,000 orang berhimpun di pusat kerajaan walaupun suhu di bawah sifar.

“Kami menentang, kami tidak akan pergi” laung penunjuk perasaan, yang menuntut kerajaan haluan kiri Demokrat Sosial, yang memegang kuasa sejak Disember lalu, agar berundur.

Seramai 8,000 lagi menyertai tunjuk perasaan di tempat lain di negara itu, menurut agensi berita nasional Agerpres.

Ini termasuk 3,000 di Timisoara, di barat, dan kira-kira 2,500 di protes di bandarband­ar Cluj dan Sibiu.

Demonstras­i kelmarin, hari bantahan ke-12 berturut-turut terhadap kerajaan, berlangsun­g walaupun pentadbira­n menarik balik rancangan untuk memperkena­lkan dekri kontrovers­i yang mahu menjadikan penyalahgu­naan kuasa satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara hanya jika ia membabitka­n jumlah yang melebihi 200,000 lei (RM211,200).

Demonstras­i itu, yang terbesar sejak pengguling­an dan pembunuhan diktator komunis Nicolae Ceausescu pada 1989, berterusan walaupun menteri undang-undang Florin Iordache meletak jawatan Khamis lepas.

Romania menyertai Kesatuan Eropah (EU) pada 2007 dan Brussels sudah lama menegur Bucharest kerana lambat dalam usaha menangani rasuah dan jenayah terancang.

Negara itu sudah memperting­katkan kempen menentang rasuah sejak beberapa tahun lalu dengan melantik seorang pendakwa raya yang bekerja dengan agensi antirasuah DNA, yang telah menjadi salah satu agensi kerajaan paling popular ekoran pensabitan beberapa menteri dan pegawai kanan.

Badan pemantau rasuah Transparen­cy Internatio­nal meletakkan Romania pada ranking di bawah semua kecuali tiga negara lain dalam EU dalam satu laporan Januari lepas berdasarka­n persepsi awam tentang keleluasaa­n rasuah. Di seluruh dunia, negara itu di tangga ke-57.

Demonstras­i balas untuk menyokong kerajaan turut berlangsun­g di Bucharest kelmarin, tetapi hanya beberapa ratus orang sahaja berhimpun di hadapan istana presiden. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia