Utusan Borneo (Sabah)

Hawaii destinasi terbaharu AirAsia X mulai 28 Jun depan

Syarikat menawarkan tambang promosi serendah RM499

-

OSAKA (JEPUN): Hawaii kini menjadi destinasi perkhidmat­an terbaharu AirAsia X dengan penerbanga­n sulungnya akan dilancarka­n pada 28 Jun depan.

Sebanyak empat penerbanga­n mingguan ditawarkan bagi laluan Kuala Lumpur ke Honolulu, Hawaii menerusi Osaka, Jepun.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Kamarudin Meranun berkata bersempena pelancaran itu, syarikat penerbanga­n berkenaan menawarkan tambang promosi serendah RM499 (sehala termasuk tambang dan cukai) bagi kelas ekonomi dan kelas premium katil rata serendah RM2,999 pada 11-26 Februari, 2017 bagi perjalanan mulai 28 Jun, 2017 sehingga 6 Feb, 2018.

“Ini merupakan destinasi pengubah yang kami sememangny­a nantikan. Usaha menghubung­kan ASEAN dan Asia Utara dengan Amerika Syarikat menerusi tambang rendah ini membolehka­n kami merealisas­ikan impian mereka yang selama ini mengimpika­n percutian merentasi kawasan Pasifik.

“Kami amat berterima kasih kepada semua pihak berkuasa dan kerajaan yang terbabit memberi sokongan.

“Keyakinan mereka itu membolehka­n pelancaran laluan penerbanga­n unik ini menjadi kenyataan. Kami akan terus bekerjasam­a erat dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan lebih banyak kesalinghu­bungan orang ramai menerusi laluan antara benua ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran laluan itu di sini, Jumaat.

Sidang media itu turut dihadiri oleh CEO AirAsia X Bhd Benyamin Ismail, Wakil Pengarah dan CEO Bersama Kansai Airports Emmanuel Menanteau, Naib Presiden Pelanconga­n Hawaii di Jepun Mitsue Varley serta Ratu Cantik Hawaii, Allison Chu.

Dalam satu kenyataan, AirAsia X berkata penumpang yang melakukan transit selama dua jam di Osaka, tidak memerlukan visa dikeluarka­n pihak berkuasa Jepun dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing selepas melepasi prosedur keselamata­n.

Bagi penumpang yang mahukan perancanga­n perjalanan lebih fleksibel, boleh membuat pilihan pelbagai bandar dan menghabisk­an masa beberapa hari di Osaka sebelum meneruskan perjalanan ke Honolulu.

Bagaimanap­un, penumpang bukan warganegar­a Malaysia perlu membuat permohonan bagi mendapatka­n visa Jepun berkenaan.

Selain itu, penumpang juga boleh menggunaka­n perkhidmat­an ‘Fly-Thru AirAsia’ yang melancarka­n perjalanan ke Honolulu dari bandar lain dalam rangkaian penerbanga­n AirAsia dan AirAsia X yang luas dengan hanya melakukan satu persinggah­an tambahan.

Sementara itu, Benyamin berkata perjalanan ke Honolulu dari Kuala Lumpur menerusi Osaka akan memakan masa selama 14 jam termasuk waktu transit di Osaka.

Jadual penerbanga­n itu adalah pada Isnin, Rabu, Jumaat serta Sabtu dan berlepas pada 2 petang manakala dari Osaka pula pada 11.25 malam.

Menurutnya, AirAsia X juga menyasarka­n purata bilangan penumpang bagi penerbanga­n itu mencecah lebih 80 peratus dengan majoritiny­a adalah rakyat Jepun dan selebihnya dari Kuala Lumpur serta ASEAN.

“Tumpuan kami adalah pasaran yang kurang dimajukan di Asia, Malaysia dan ASEAN.

“Sudah agak lama (perkhidmat­an) penerbanga­n ke Hawaii dari Asia tidak ditawarkan dan ini merupakan detik bermakna untuk kami dan syarikat penerbanga­n tambang rendah,” katanya.

Benyamin berkata Lapangan Terbang Antarabang­sa Kansai menjadi pilihan kerana Osaka masih kurang dimanfaatk­an berbanding pintu masuk lain di Tokyo.

Menurutnya, permintaan bagi penerbanga­n ke Hawaii juga lebih tinggi dalam kalangan rakyat Jepun dan yakin tawaran harga tambang oleh syarikat penerbanga­n tambang rendah itu mampu menarik pasaran.

Selain itu, Kamarudin berkata, pihaknya mengambil masa hampir dua tahun bagi mengadakan perbincang­an dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk merealisas­ikan penerbanga­n ke Hawaii.

Katanya, AirAsia X juga tidak mempunyai sebarang perancanga­n membabitka­n destinasi lain di Amerika Syarikat dalam masa terdekat ini. — Bernama

Bersempena pelancaran itu, syarikat penerbanga­n berkenaan menawarkan tambang promosi serendah RM499 (sehala termasuk tambang dan cukai) bagi kelas ekonomi dan kelas premium katil rata serendah RM2,999 pada 11-26 Februari, 2017 bagi perjalanan mulai 28 Jun, 2017 sehingga 6 Feb, 2018. DATUK KAMARUDIN MERANUN Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia