Utusan Borneo (Sabah)

Warung BM tawar hidangan yang pasti membangkit selera

-

KUCHING: Warung BM yang terletak di Icom Square (bersebelah­an Izakaya), Jalan Pending, di sini semalam mengadakan pembukaan rasmi premisnya.

Selaras dengan pembukaan rasmi itu, Warung BM menawarkan promosi pembukaan untuk pelbagai rangkaian makanan yang pasti membangkit selera pelanggan yang berkunjung ke premisnya.

Untuk setiap pembelian RM20 dan ke atas dalam satu resit tunggal, pelanggan akan menerima RM5 baucar diskaun dan promosi itu sah bermula sekarang sehingga 28 Februari ini.

Cawangan Warung BM pertama terletak di Sibu dan syarikat itu juga memiliki ladang ayam, di mana semua ayam yang digunakan adalah ayam segar yang tidak disuntik mana-mana ubat hormon mahupun antibiotik.

Ayam segar dan sihat itu adalah berjenama Nutribest, memiliki empat cawangan di Kuching termasukla­h di Batu 7, Satok, Pasar Raya Emart Batu Kawa dan Pasar Raya Emart Matang.

“Pada masa ini, kita dalam proses mendapatka­n pensijilan halal untuk restoran dan ladang ayam. Untuk ladang ayam, kita menjangkak­an akan mendapatka­n sijil halal itu dalam tempoh enam bulan. Kita menternak ayam dan menyembeli­hnya di Sibu sebelum ia dihantar segar ke Kuching setiap hari,” kata pemiliknya Richard Ngu ketika ditemui pemberita pada majlis pembukaan rasmi, semalam.

Antara makanan yang dijual di Warung BM ialah nasi ayam penyet, mi goreng, ‘Lamb Shank’, ‘Lamb Chop’, ‘Steak’, ‘Grilled Potato Chicken’, ‘XXL Fried Chicken Chop’, ‘Seafood Carbonara’ dan ‘Spaghetti Bolognese’.

Waktu operasi Warung BM ialah dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RICHARD (tiga kanan) bersama kakitangan Warung BM pada majlis pembukaan rasmi premis, semalam.
RICHARD (tiga kanan) bersama kakitangan Warung BM pada majlis pembukaan rasmi premis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia