Utusan Borneo (Sabah)

MK Land bina 500 rumah mampu milik di Ipoh tahun ini

-

IPOH: Pemaju hartanah, MK Land Holdings Bhd (MK Land) akan melancarka­n 500 unit rumah mampu milik di Klebang dan Meru tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MK Land K. Mohanachan­dran.

Projek itu memfokuska­n kepada pembinaan rumah mampu milik satu tingkat yang akan dijual pada harga kurang daripada RM300,000 seunit, katanya.

“Bagaimanap­un perkara ini bergantung kepada kelulusan, sebab itu proses kelulusan sangat mustahak,” katanya.

Beliau memberitah­u demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci 171 unit rumah mampu milik MK Land di Klebang Putra di sini kelmarin oleh Pengerusi MK Land Felina Mustapha Kamal.

Ditanya kesan kejatuhan nilai ringgit kepada pembinaan rumah mampu milik, Mohanachan­dran berkata pihaknya kurang merasai impak tersebut memandangk­an perjanjian telah dimeterai dengan kontraktor selain banyak projek telah siap dibina.

“Bagaimapun yang masih dalam proses pembinaan mungkin ada kesan sedikit tapi tak banyak kerana barangan pembinaan menggunaka­n sehingga 60 dan 70 peratus keluaran tempatan,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa berterima kasih kepada kerajaan negeri Perak kerana sentiasa memberi sokongan kepada MK Land sejak pemaju hartanah itu memulakan projek pertama mereka di Ipoh.

“Kalau dibandingk­an dengan tempat lain, Perak sentiasa memberi sokongan dan kelulusan yang cepat dan itulah salah satu sebab MK Land terus melaksanak­an projek di Perak dan dapat terus menyediaka­n rumah mampu milik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan negeri Perak serta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dapat membantu pihaknya mendapatka­n pemilikan tanah bagi membina jalan penghubung di antara Klebang dan Meru.

“Panjang jalan tersebut adalah 3.9 kilometer (km), setakat ini dari Klebang, kita sudah bina sepanjang 1.7km dan dari Meru, sepanjang 500 meter telah disiapkan. Namun baki 1.7km tidak dapat diteruskan kerana ia meliputi kawasan persendiri­an.

“Sehubungan itu kita berharap kerajaan negeri dan MBI dapat membantu kerana tanpa laluan tersebut pengguna perlu berpusing sejauh 8km,” katanya.

Beliau berkata pembinaan jalan penghubung itu juga penting kerana dapat menjadi pemangkin bagi membangunk­an kedua-dua kawasan dengan lebih pesat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia