Utusan Borneo (Sabah)

Harumi bakal capai sasaran perniagaan pada 2018

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerjasama Harumi dan Koperasi Pen giat Seni Sabah Berhad (Coseni) mampu membantu perniagaan Harumi mencapai sasaran 3,000 kiosk, 300 trak makanan dan 30 restoran menjelang tahun 2018.

Pengarah Urusan Kumpulan D.B.E Gurney Resources Berhad Datuk Alex Ding Seng Huat berkata Sabah adalah sebuah negeri yang sedang pesat membangun, peluang pasaran yang luas dan terdapatny­a kekurangan jenama ayam goreng tempatan di Sabah menjadikan kerjasama bersama Coseni sesuatu yang akan memberikan impak besar serta positif kepada ekonomi penduduk Sabah.

“Dengan berbekalka­n modal serendah RM5,000 dan kemudahan pinjaman daripada koperasi Coseni, usahawan Harumi sudah boleh memulakan perniagaan yang lengkap dengan kelengkapa­n memasak, bahan mentah dan juga modal pusingan.

“Peluang ini dibuka kepada usahawan yang berminat mengusahak­an Harumi Express, trak makanan dan restoran makanan Harumi,” katanya pada majlis pelancaran dan menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) di sini, kelmarin.

Beliau berharap MoU yang dimeterai itu bakal membuka lebih banyak peluang usahasama strategik lain di Sabah yang akan menguntung­kan semua pihak, sekaligus mensejahte­rakan ekonomi negeri ini.

Alex berkata Harumi adalah jenama makanan segera berasaskan ayam goreng tempatan yang sedang mencipta nama di Malaysia. Selain menjadi jenama ayam goreng pertama yang mendapat persijilan pengeluara­n halal Jakim, Harumi juga membuka peluang kepada ramai peniaga untuk memulakan perniagaan dengan modal rendah.

“Harumi mempunyai model perniagaan yang pelbagai seperti kiosk mudah alih, kiosk ekspres, trak makanan dan restoran.

“Setiap modal perniagaan ini memberi pilihan kepada usahawan Harumi untuk memulakan serta mengembang­kan perniagaan mereka,” katanya.

Menurutnya pihak Harumi sentiasa akan memberikan sokongan serta bimbingan kepada usahawan dalam menjayakan perniagaan yang diusahakan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Coseni Amez Hamidi serta tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia