Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia didagangka­n tinggi

Disumbang sentimen luaran berikutan janji pembaharua­n cukai oleh Trump

-

KUALA LUMPUR: Urus niaga di Bursa Malaysia dijangkaka­n tinggi minggu ini, dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) mencecah paras 1,721.

Ini sebahagian besarnya disumbangk­an oleh sentimen luaran berikutan janji pembaharua­n cukai oleh Presiden Donald Trump, yang akan menyediaka­n trend yang lebih baik untuk pasaran ekuiti baharu dan pesat membangun, kata peniaga.

Trump berjanji untuk membuat pengumuman mengenai pembaharua­n regim percukaian itu dalam tempoh beberapa minggu akan datang bagi mengurangk­an beban ke atas perniagaan di Amerika Syarikat.

Peniaga itu berkata harga minyak yang semakin meningkat, selain unjuran harga komoditi yang lebih baik, juga akan menyumbang kepada peningkata­n bursa tempatan.

Bagi minggu yang baharu berakhir, urus niaga hanya belangsung selama empat hari dengan pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum Thaipusam.

FBM KLCI ditutup bercampur-campur berikutan dasar fiskal yang kurang jelas yang dibuat oleh Presiden Donald Trump pada sidang medianya barubaru ini, yang mengalihka­n tumpuan pelabur ke pasaran pesat membangun.

Indeks FBM Emas meningkat 124.87 mata kepada 11,963.43, FBM Ace melonjak 143.20 mata kepada 5,246.39, FBM 70 menokok 196.96 mata kepada 13,811.70, Indeks FBMT 100 menambah 112.24 mata kepada 11,643.57, manakala Indeks FBM Emas Syariah melonjak 135.96 mata kepada 12,490.40.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n meningkat 122.64 mata kepada 8,215.29, Indeks Kewangan meningkat 142.08 mata kepada 14,990.72 manakala Indeks Perusahaan meningkat 31.87 mata kepada 3,237.47.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 9.74 bilion unit bernilai RM9.27 bilion berbanding 4.94 bilion unit bernilai RM5.96 bilion Jumaat sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 6.99 bilion saham bernilai RM6.76 bilion berbanding 3.57 bilion saham bernilai RM5.72 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 867.57 juta unit bernilai RM120.69 juta berbanding 481.34 juta unit bernilai RM58.82 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 1.84 bilion saham bernilai RM377.56 juta berbanding 868.06 juta saham bernilai RM175.83 juta pada Jumaat sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia