Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan MSM berprestas­i baik berikutan kebimbanga­n ke atas El Nino

-

KUALA LUMPUR: Kebimbanga­n para peniaga ke atas fenomena El Nino telah menyebabka­n kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah minyak (MSM) berada dalam aliran yang positif minggu lepas.

Para peniaga bimbang El Nino akan mengurangk­an inventori komoditi pada masa akan datang.

Pasaran telah ditutup pada hari Khamis bagi cuti Thaipusam.

Data yang dikeluarka­n oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada Jumaat menyatakan bahawa jumlah stok minyak sawit negara pada Januari 2017 berkuranga­n sebanyak 7.55 peratus kepada 1.54 juta tan berbanding 1.67 juta tan pada bulan Disember tahun lepas.

Selain jangkaan inventori yang lebih rendah, komoditi itu juga menerima kesan akibat kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS, ini melonjakka­n harga MSM.

Bagaimanap­un, prestasi yang positif ini telah dihadkan oleh aktiviti pengambila­n untung pada hari Jumaat memandangk­an data MPOB ke atas stok dan eksport MSM dikatakan berada di bawah sedikit daripada jangkaan pasaran.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata, aktiviti-aktiviti pengambila­n keuntungan mungkin akan berterusan sehingga minggu ini, dengan komoditi itu dijangka didagangka­n antara RM3,100 dan RM3,150 satu tan metrik.

“Paras harga semasa sedang berada dalam tahap yang baik untuk penanam, di mana sebahagian daripada mereka mendapat hampir 100 peratus keuntungan daripadany­a.

“Jadi, tidak mustahil kalau kita melihat aktivitiak­tiviti pengambila­n untung akan mendominas­i pasaran minggu depan (minggu ini),” katanya kepada Bernama.

Dari Jumaat ke Jumaat, Februari 2017 naik sebanyak RM18 kepada RM3,268 satu tan,Mac2017dan­April2017, masing-masing menokok RM16 kepada RM3,156 dan RM3,071, manakala Mei 2017 meningkat sebanyak RM14 kepada RM2,996 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 195,595 lot daripada 148,105 lot pada minggu lepas, manakala kepentinga­n terbuka bertambah kepada 251,610 kontrak daripada 238,017 kontrak.

Dipasaranf­izikal,Februari Selatan adalah RM30 lebih tinggi pada RM3,350 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia