Utusan Borneo (Sabah)

Urus niaga ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini, dan mengekalka­n paras semasa antara 4.3-4.44 ataupun lebih rendah, kata penganalis­is.

Beliau berkata dagangan mata wang tempatan akan banyak dipengaruh­i kedudukan global, termasuk sebarang langkah atau pengumuman oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Dolar AS didagangka­n dalam aliran menurun, terutama selepas Amerika Syarikat mengumumka­n data gaji. Ia akan terus menyusut selepas Trump berjanji untuk memperkena­lkan pembaharua­n cukai baharu bagi menyokong ekonomi Amerika Syarikat.

“Selepas pengumuman itu, dolar AS meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 1-1/2 minggu berbanding yen. Ia juga diniagakan tinggi berbanding Euro,” kata peniaga itu. Bagaimanap­un berdasarka­n data perdaganga­n yang positif yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia, pedagang optimis namun berhatihat­i bahawa ia (data) akan memberi sokongan ke atas ringgit.

Minggu lepas, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri mengumumka­n jumlah dagangan bagi 2016, meningkat 1.5 peratus kepada RM1.49 trilion berbanding RM1.46 trilion pada 2015.

Angka dagangan itu dijangkaka­n berkembang 2.7 peratus tahun ini berikutan peningkata­n sederhana jumlah dagangan global selain harga komoditi yang lebih tinggi.

Bagi minggu yang baharu berakhir, ringgit bergerak antara 4.4250 dan 4.4420 berbanding dolar AS.

Berdasarka­n perbanding­an Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih rendah pada 4.4420/4470 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 pada Jumaat sebelumnya.

Unit tempatan ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain, kecuali pound British.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1235/1277 daripada 3.1292/1330, meningkat berbanding yen kepada 3.9081/9129 daripada 3.9123/9165 dan mengukuh berbanding euro pada 4.7263/7334 daripada 4.7535/7600.

Ia turun berbanding pound British kepada 5.5516/5588 daripada 5.5250/5304. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia