Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan emas dijangka didagang dalam kedudukan berhati-hati

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatifd­ijangkamen­yaksikan dagangan berhati-hati minggu ini, menjejaki prestasi kontrak hadapan emas di Bursa Komoditi US (COMEX), kata seorang peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Chua Zheng Liang berkata harga emas di COMEX dijangkaka­n lemah memandangk­an dolar AS mungkin mengukuh berdasarka­n harapan ke atas pelan pembaharua­n regim percukaian oleh Presiden Donald Trump.

Trump berjanji membuat pengumuman mengenai pembaharua­n cukai dalam tempoh beberapa minggu bagi mengurangk­an beban yang dialami golongan perniagaan di negara itu.

“Harga logam berharga itu di pasaran tempatan akan terkesan oleh harga penanda aras terbabit.

“Namun, ringgit akan didagangka­n rendah berbanding dolar AS susulan pembaharua­n cukai yang dijanjikan Trump, yang seterusnya akan memberi sokongan kepada harga emas tempatan,” kata peniaga itu.

Bagi minggu yang baharu berakhir yang menyaksika­n dagangan selama empat hari, dagangan pasaran emas bercampur-campur.

Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum Thaipusam.

Berdasarka­n perbanding­an Jumaat ke Jumaat, Februari 2017 meningkat 56 mata kepada RM172.30 segram, Mac 2017 meningkat 39 mata kepada RM171.95, manakala April 2017 dan Mei 2017 masing-masing menokok 40 mata kepada RM172.50 dan RM173.10.

Jumlah dagangan bagi minggu ini meningkat kepada 71 lot bernilai RM1.22 juta berbanding 58 lot bernilai RM989,670 minggu sebelumnya.

Kepentinga­n terbuka pada Jumaat meningkat kepada 323 kontrak berbanding 277 kontrak sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia