Utusan Borneo (Sabah)

Dagangan di PTKL dijangkaka­n tinggi

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka menyaksika­n dagangan yang lebih tinggi minggu ini ekoran permintaan yang lebih kukuh, dengan harga logam itu bergerak antara AS$19,200 dan AS$20,000 setan.

Seorang peniaga berkata pasaran akan terus bergantung besar ke atas harga timah di Bursa Logam London (LME).

“Kami menjangkak­an harga timah akan terus mengukuh minggu ini selepas berakhirny­a cuti Tahun Baharu Cina, dengan permintaan yang lebih tinggi dari China, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun,” kata peniaga itu kepada Bernama.

Di sepanjang dagangan selama empat hari pada minggu yang baru berakhir, PTKL menyaksika­n dagangan yang lemah dengan harga bergerak antara AS$18,950 dan AS$19,650 setan disebabkan aktiviti pengambila­n untung.

Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum Thaipusam.

Pada Jumaat, harga timah ditutup pada AS$19,020 setan, AS$700 lebih lemah berbanding AS$19,720 pada Jumaat sebelumnya.

Di LME, harga timah merosot AS$770 kepada AS$19,075 setan berbanding AS$19,845 setan minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan di PTKL meningkat kepada 153 tan berbanding 106 tan minggu sebelumnya, dengan pedagang Jepun, Korea Selatan, Eropah, China dan pedagang tempatan menyumbang kepada sebahagian besar dagangan.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME berkuranga­n kepada diskaun AS$55 setan berbanding AS$125 setan pada Jumaat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia