Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran getah terjejas oleh bursa serantau minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia berada dalam prestasi yang agak lemah minggu ini, selepas menerima kesan daripada prestasi negatif dalam pasaran niaga hadapan serantau serta pasaran niaga hadapan Shanghai.

Bursa Komoditi Tokyo didagangka­n rendah untuk sepanjang minggu ini, berikutan yen yang lebih kukuh berbanding dolar AS, manakala niaga hadapan Shanghai menjadi lemah selepas Beijing menaikkan kadar faedah jangka pendek.

Bagaimanap­un, seorang peniaga berkata kerugian telah dihadkan sedikit oleh pemulihan dalam harga minyak selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas beberapa individu dan entiti Iran pada awal minggu ini.

Katanya, langkah itu diambil selepas White House membantah ujian peluru berpandu balistik Tehran.

Melangkah ke minggu depan, seorang peniaga lain memberitah­uterdapatp­elbagai isyarat yang menunjukka­n pergerakan pasaran getah, disebabkan oleh kelemahan dalam pasaran niaga hadapan serantau dan Shanghai termasuk peningkata­n harga minyak.

Katanya, para peniaga dijangka mengambil pendirian untuk tunggu dan lihat bagi melihat sebarang perkembang­an dalam pasaran serantau sebelum membuat sebarang keputusan.

Pasaran ditutup pada hari Khamis bagi cuti Thaipusam.

Dari Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 pada tengah hari susut tujuh sen kepada 961 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot sebanyak 17.5 sen kepada 795 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 dan lateks pukal, masing-masing sebanyak 969 sen sekilogram dan 794 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia