Utusan Borneo (Sabah)

Damien Chazelle menang hadiah utama DGA untuk ‘La La Land’

-

USAHA pembuat filem Amerika Syarikat Damien Chazelle untuk memenangi anugerah Oscar mendapat dorongan baharu selepas dia memenangi hadiah utama di majlis penganuger­ah Directors Guild of America (DGA) – peramal penting bagi Anugerah Akademi.

Chazelle dinobatkan sebagai pengarah terbaik bagi penghormat­annya kepada zaman kegemilang­an muzikal Hollywood, ‘La La Land’, kurang tiga minggu sebelum kemuncak gilang-gemilang bagi musim anugerah tahunan di Hollywood.

Pengarah berusia 32 tahun itu sudah memenangi dua anugerah Golden Globe kerana mengarah dan menulis ‘La La Land’, sebuah filem mengenai zaman lalu dan tenang dan damai di Hollywood Lama.

Filemnya, filem kesayangan pada musim anugerah ini, sudah memenangi rekod tujuh anugerah Globe dan 14 pencalonan bagi anugerah Oscar, termasuk untuk filem terbaik, pengarah terbaik, dan bagi dua bintangnya, Ryan Gosling dan Emma Stone.

“Filem berpengaru­h kerana ia bercakap kepada semua orang. Ia berkepada cakap semua negara, semua budaya,” kata Chazelle, anak seorang lelaki Perancis-Amerika, kepada pembuat filem lain di Beverly Hilton, Beverly Hills. Pengarah itu menewaskan Kenneth Lonergan, yang dicalonkan untuk drama keluarga ‘Manchester by the Sea’ – sebuah lagi filem yang dilihat sebagai calon utama untuk memenangi Oscar pada 26 Februari.

‘Manchester’ dicalonkan untuk lima anugerah Golden Globe pada Januari lalu tetapi hanya akhirnya membawa pulang hanya hadiah pelakon lelaki terbaik sahaja bagi Casey Affleck.

Anugerah DGA dilihat sebagai pengukur yang boleh diharapkan bagi kejayaan dalam Anugerah Akademi, khususnya untuk hadiah pengarah terbaik, kerana 12 daripada 13 pemenang terakhir seterusnya memenangi anugerah Oscar bagi pengarah terbaik.

Penyampai di acara gilang-gemilang untuk 1,600 tetamu itu termasuk Affleck, Gosling, Stone, Michael Fassbender, Nicole Kidman dan Alejandro G. Inarritu, yang memenangi hadiah utama di dua majlis terakhir.

Calon lain untuk pengarah terbaik adalah Barry Jenkins bagi cerita tentang kematangan ‘Moonlight’, Denis Villeneuve bagi filem tentang lawatan makhluk asing ‘Arrival’, dan Garth Davis, bagi drama tentang anak angkat ‘Lion’.

Davis membawa pulang pingat bagi cereka pertama kali terbaik, dan mengucapka­n terima kasih kepada barisan pelakonnya – termasuk Nicole Kidman dan Dev Patel – di atas keberanian mereka.

“Tidak syak lagi sebagai seorang pengarah saya bernasib baik kerana dikurniaka­n dengan barisan pelakon yang hebat sekali dan cerita yang indah,” katanya, dan mengabadik­an anugerah itu kepada pelakon-pelakon kanakkanak dalam filemnya.

Chazelle, anak jati Rhode Island, mendapat inspirasi pada usia yang sangat muda dari filem perang saudara epik arahan Edward Zwick ‘Glory’ (1989), dan sudah lama mahu menjadi pembuat filem tetapi belajar bermain dram jazz di sekolah tinggi.

Pengalaman­nya merupakan inspirasi bagi filem lawaknya yang gelap ‘Whiplash’ (2014) – cerita tegang mengenai hubungan panas di antara seorang guru yang suka membuli dengan pelajar dram jazznya.

“Impiannya dapat menghasilk­an tenaga yang mencukupi untuk menjana kuasa bagi negeri Ohio selama 11 hari dan dia mencipta warna serbuk kopi terbakar,” kata Gosling sambil bergurau sebelum dia menambah bahawa Chazelle mempunyai “visi yang hebat, kreativiti yang tidak berkekang, dan seorang kolaborato­r yang tulen”.

Penerbit dan pengarah veteran dari Britain, Ridley Scott, disampaika­n dengan anugerah pencapaian seumur hidup oleh seorang lagi pembuat filem Christophe­r Nolan, yang memujinya kerana membolehka­n “transforma­si dalam budaya visual kita”. — AFP

 ??  ?? DAME HELEN MIRREN DAMIEN Chazelle (tengah), pemenang pengarah terbaik di Directors Guild of America Award untuk filem ‘La La Land,’ bersama pasukan pengarahan­nya semasa acara anugerah yang diadakan di Beverly Hills, California baru-baru ini.
DAME HELEN MIRREN DAMIEN Chazelle (tengah), pemenang pengarah terbaik di Directors Guild of America Award untuk filem ‘La La Land,’ bersama pasukan pengarahan­nya semasa acara anugerah yang diadakan di Beverly Hills, California baru-baru ini.
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia