Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan diyakini atasi kemeleseta­n ekonomi

Tahun Ayam Api diharap bawa tuah kepada ekonomi negara

-

PERAYAAN Cap Goh Meh disambut sederhana oleh kaum Tionghua di negara ini, malam Sabtu lepas.

Umum mengetahui, ia merupakan hari terakhir dari rangkaian masa Imlek yang telah wujud sejak 5,000 tahun dahulu.

Kepercayaa­n mereka juga menyebut perayaan itu diadakan pada purnama pertama di bulan pertama iaitu hari ke-15 selepas tahun baru Lunar. Apatah lagi, Cap Goh Meh juga membawa maksud iaitu ‘cap go’ adalah lima belas dan ‘meh’ bermakna malam.

Bagi pekerja kontrak Serina Olivia Chong, 34, dari Inanam, sambutan Cap Goh Meh diadakan pagi Sabtu dengan acara makan bersama seluruh ahli keluarga.

Mengakui jarang mendapat peluang berkumpul, anak kedua daripada lima adik-beradik ini akan sedaya-upaya membatalka­n apa juga jadual kerjanya setiap tahun demi untuk hari penting seperti itu, selain sambutan Tahun Baharu Cina.

Bercerita tentang sambutan tahun baharu, Serina berkata kekangan ekonomi menyebabka­n masyarakat lebih berhemat dalam perbelanja­an terutama dalam menyambut perayaan.

Di samping ahli keluarga serta sanak saudara, beliau juga meraikan Tahun Baharu Cina bersama rakan sepejabatn­ya.

Tidak dinafikan barang keperluan seperti makanan, sayuran, ayam, daging, minyak masak dan kuih-muih mengalami kenaikan harga. Kerana itu, saya berbelanja secara berhemat dengan membeli sekadar keperluan. SERINA OLIVIA CHONG Pekerja kontrak

“Tidak dinafikan barang keperluan seperti makanan, sayuran, ayam, daging, minyak masak dan kuihmuih mengalami kenaikan harga. Kerana itu, saya berbelanja secara berhemat dengan membeli sekadar keperluan.

“Pakaian untuk Tahun Baharu Cina pula, saya sudah beli awal iaitu pada waktu ada jualan dan membeli hanya sepasang kasut.

“Setakat ini, jumlah angpau untuk lima anak buah saya masih sama iaitu RM50 seorang. Begitu juga jumlah angpau yang saya terima daripada ibu dan bapa saudara ketika berkunjung ke rumah mereka,” katanya.

Mengenai harapannya sempena Tahun Ayam Api ini, dia mahu kerajaan lebih realistik dalam menangani keadaan ekonomi negara dan perlu bijak mengimbang­i fokus membasmi kemiskinan bukan sahaja di luar bandar, tetapi juga di dalam bandar.

“Kawasan pedalaman layak diberi perhatian, tapi di kawasan bandar juga sebenarnya wujud golongan miskin bandar yangg mana jika tidak diberi perhatian, mungkin akan dijadikan isu pada masa hadapan.

“Kerajaan juga haruslah realistik untuk menangani keadaan ekonomi semasa dan aplikasika­n keadah realistik, seimbangka­n fokus antara pedalaman dan golongan miskin bandar terutama golongan belia yg berusia antara 25 dan 39 tahun.

“Mereka seharusnya menjadi sasaran kerajaan dalam memperkuku­hkan tahap ekonomi mereka sama ada dengan memberi pembiayaan pinjaman perusahaan ataupun menggalakk­an mereka menceburka­n diri dalam bidang kemahiran yang akan dapat menjadi asas mereka memulakan perusahaan sendiri,” cadang Serina.

Berbeza dengan Ketua Masyarakat Cina Taman Sibuga Lau Chi Keong @ Thomas Lau, 68, yang juga seorang usahawan restoran makanan Jepun di Sandakan, beliau yakin dan percaya kerajaan mampu mengatasi kemeleseta­n ekonomi dunia.

“Mengikut feng shui, tahun ayam ini memang hebat dan membawa banyak peluang ekonomi untuk rakyat. Jadi, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memanfaatk­an peluang yang ada.

“Begitu juga dengan ekonomi dunia, saya yakin akan bertambah baik pada tahun ini. Apa yang penting adalah perancanga­n kita untuk memenuhi keperluan dan kehendak dunia.

“Paling ketara ketika ini adalah negara China yang banyak melabur di sini. Ia adalah petanda baik yang akan membantu meningkatk­an ekonomi negara kita khususnya di Sabah,” katanya.

Selain menggesa rakyat agar terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri demi mencapai kejayaan yang lebih baik, Thomas turut mencadangk­an agar industri pelanconga­n dimajukan di Sandakan.

“Sebagai orang lama dalam perniagaan, saya melihat Perdana Menteri hari ini membawa banyak program untuk faedah rakyat sama ada kepada perniagaan mahupun lainlain bidang.

“Saya dan seluruh masyarakat di sini menerima baik usaha kerajaan menerusi program transforma­sinya, khususnya penubuhan Pusat Transforma­si Bandar (UTC). Ia sangat baik untuk rakyat.

“Semoga dalam apapun bidang, kita mesti sehatiseji­wa menjayakan semua program kerajaan baharulah ekonomi kita kan kembali kukuh.

“Kita harap industri pelanconga­n di sini dipergiat dari segi keindahan alam semulajadi untuk menarik minat lebih ramai pelancong China. Apabila industri ini maju, ia turut memberi kesan positif kepada sektor pengangkut­an, pengusaha makanan, restoran serta tempat menarik yang akan dikunjungi,” katanya.

Turut berharap ekonomi akan pulih adalah Timbalan Pengurus Besar Kumpulan PBJ, Lau Joo Khan, 41, dari Sandakan yang merayakan Tahun Baharu Cina dengan sambutan yang serba sederhana.

Selain ahli keluarga, dia juga membuka rumah kepada jiran tetangga dan sahabat handai untuk samasama meraikan sambutan berkenaan.

“Kenaikan harga bahan api seperti petrol, minyak masak dan sebagainya, sedikit sebanyak menyumbang kepada kadar inflasi serta sikap masyarakat yang lebih berhati-hati ketika berbelanja.

“Keadaaan ekonomi sejak tahun lalu tidak begitu memberangs­angkan, pendapatan peniaga juga agak kurang disebabkan sikap berbelanja yang berhemat oleh semua orang.

“Saya berharap tahun ayam api ini akan memberi lebih banyak tuah khususnya kepada ekonomi negara. Selain perniagaan, saya juga terlibat dalam sektor pembinaan jalan raya sebagai kontraktor utama.

“Sejak Projek Lebuhraya Pan Borneo dilancarka­n, hanya tiga pakej yang telah dikeluarka­n berbanding 35 pakej secara keseluruha­n. Jadi saya harap sangat Kerajaan Persekutua­n dapat menyalurka­n lebih banyak peruntukan pada tahun ini,” katanya.

Ironinya, walau di manapun tahap ekonomi, perayaan tetap diraikan kerana apa yang penting adalah suasana meriah yang turut dikongsi dengan kaum lain dan bersatu dalam kepelbagai­an.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JOO Khan mengharapk­an peruntukan lebih besar disalurkan Kerajaan Pusat.
JOO Khan mengharapk­an peruntukan lebih besar disalurkan Kerajaan Pusat.
 ??  ?? TARIAN singa antara pengisian wajib di rumah-rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina.
TARIAN singa antara pengisian wajib di rumah-rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina.
 ??  ?? SERINA (kanan) bersama sepupunya ketika sambutan Tahun Baharu Cina.
SERINA (kanan) bersama sepupunya ketika sambutan Tahun Baharu Cina.
 ??  ?? THOMAS yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri.
THOMAS yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia