Utusan Borneo (Sabah)

Belia Sarawak diseru ceburi pertanian

Manfaatkan keluasan tanah, kurangkan bergantung makanan import

-

KUCHING: Belia Sarawak digalak menceburi sektor pertanian dan penternaka­n bagi menjana pendapatan lumayan hasil keluasan tanah masih banyak di negeri ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, ia juga merupakan rancangan jangka panjang negara dalam usaha menghentik­an kebergantu­ngan terhadap makanan import.

“Bayang jika anda menanam buah durian yang membuahkan hasil antara tiga hingga lima tahun dan dieksport ke China dengan populasi 1.6 bilion orang yang rata-rata menyukainy­a juga India dengan 1.3 bilion orang,” katanya.

Riot berkata demikian ketika berucap pada Core Human Resourse Developmen­t Sdn Bhd Inaugural Convocatio­n, di sini pada Sabtu.

Katanya, sasaran negara adalah satu peratus daripada populasi besar berkenaan dengan mengekspor­t sumber pertanian dan ternakan kerana berupaya menjana pendapatan sebagai seorang jutawan.

Riot berkata, Malaysia mengimport terlalu banyak makanan dari luar negara dengan nilai RM12 bilion setahun yang sama sekali tidak munasabah sedangkan Sarawak masih mempunyai tanah luas dan subur.

Bagaimanap­un, negara China dan Malaysia akan menjalanka­n pelaburan lebih meluas dalam pelbagai sektor selepas perjanjian MoU Malaysia dan syarikat negara China bernilai RM144 bilion baru-baru ini.

Riot berkata ia peluang harus direbut golongan sasaran selain bekerja di dalam sektor berkolar putih dan sektor perkhidmat­an negara.

“Sudah tentu sebelum ini kita telah mengambil banyak langkah menghasilk­an tenaga sumber manusia berkemahir­an.

“Banyak kalangan sumber tenaga manusia kita diberi latihan kemahiran selain meningkat kemahiran sedia ada termasuk umenghasil­kan lebih banyak petani moden dari negeri Sarawak,” tegasnya.

Kursus tujuh bulan teori dan dua bulan praktikal di bawah Core Human Resource Developmen­t Sdn Bhd berjaya menghasilk­an 73 graduan yang berjaya daripada 75 yang menyertain­ya sebelum ini.

Ujarnya, kerajaan sentiasa mempunyai pelbagai saluran dalam membantu setiap graduan yang berusaha untuk memulakan pertanian atau penternaka­n.

Namun turut dinasihatk­an jika graduan mempraktik asas keusahawan­an iaitu menjalanka­n promosi berterusan selain mengetahui kepentinga­n buku kira-kira (perakaunan) dalam menjana pendapatan lumayan.

Pengerusi CORE Human Resource Developmen­t Sdn Bhd, Robert Malong berkata pihaknya akan sentiasa mensasarka­n golongan sasar belia di kawasan luar bandar seluruh negeri.

Turut hadir adalah Setiausaha Politik Kementeria­n Sumber Manusia, Dato Mejar (b) Peter Runin, Ketua Pegawai Eksekutif Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad Dato’ CM Vignaesvar­an Jayandran dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Jack Meredu.

Bayang jika anda menanam buah durian yang membuahkan hasil antara tiga hingga lima tahun dan dieksport ke China dengan populasi 1.6 bilion orang yang rata-rata menyukainy­a juga India dengan 1.3 bilion orang. DATUK SERI RICHARD RIOT JAEM Menteri Sumber Manusia

 ??  ?? RIOT (tengah) menyampaik­an skrol graduan kepada salah seorang pelajar CORE Human Resource Developmen­t Sdn Bhd semalam sambil disaksikan Vignaesvar­an (dua kanan), Peter (kanan) dan Robert (dua kiri).
RIOT (tengah) menyampaik­an skrol graduan kepada salah seorang pelajar CORE Human Resource Developmen­t Sdn Bhd semalam sambil disaksikan Vignaesvar­an (dua kanan), Peter (kanan) dan Robert (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia