Utusan Borneo (Sabah)

Fama akan bina banyak pasar tani guna konsep Medan Niaga Satok

-

KUCHING: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) akan mewujudkan lebih banyak pasar tani di negeri ini mengikut konsep Medan Niaga Satok (MNS).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata antara lokasi strategik bagi pembanguna­n pasar tani mengikut konsep MNS ialah Kapit dan Sibu seperti dicadang kerajaan negeri.

“Medan Niaga Satok ini merupakan degup jantung bagi rakyat di negeri ini. Meskipun ia merupakan satu projek berskala sederhana tetapi memberi impak sangat besar kepada rakyat di negeri ini.

“Melihat kepada impak besar projek ini, maka kementeria­n saya dan Fama akan menambah model sama di negeri ini dan akan menyegera cadangan kerajaan negeri untuk mewujud pasar borong tani di Kapit dan Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Keempat MNS di sini pada Sabtu yang dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Pengerusi Fama Dato Badaruddin Amiruldin serta lain-lain.

Abang Johari dalam ucapannya berkata jika Fama bersetuju untuk membangunk­an pasar borong tani ini di Kapit dan Sibu, kerajaan negeri akan memberikan sebidang tanah tanpa bayaran premium.

Bayaran premium tanah bagi membanguna­n pasar borong tani di Kapit dan Sibu ini masing-masing akan dibayar sendiri oleh kerajaan negeri untuk dibangun Fama dalam usaha mentransfo­rmasi ekonomi luar bandar.

Terdahulu dalam ucapannya, Shabery berkata kementeria­nnya sentiasa memantau projek pertanian dilaksanak­an di negeri ini.

Malah katanya, beliau akan berbincang dengan pihak Fama bagaimana untuk memperkena­lkan dan memasarkan hasil tani dari negeri ke pasaran luar dari Sarawak.

“Sarawak mempunyai beberapa produk tani yang unik seperti buah dabai, pisang berwarna merah, duriang merah dan produk lain berpotensi diperkemba­ngkan.

“Bagi tujuan itu, kementeria­n dengan kerjasama Fama merancang untuk menjadikan Medan Niaga Satok sebagai pusat pengumpula­n hasil tani sebelum dieskport ke pasaran luar,” katanya.

 ??  ?? SHABERY (kiri) bersama Abang Johari (dua kiri) melihat replika reka bentuk Medan Niaga Satok yang dipamerkan sempena sambutan ulang tahun keempat medan niaga berkenaan beroperasi di Kuching.
SHABERY (kiri) bersama Abang Johari (dua kiri) melihat replika reka bentuk Medan Niaga Satok yang dipamerkan sempena sambutan ulang tahun keempat medan niaga berkenaan beroperasi di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia