Utusan Borneo (Sabah)

70 menara kompak, 13 menara komunikasi pertingkat akses telekomuni­kasi Sarawak

-

LUNDU: Sebanyak 70 menara kompak ‘small cell’ dan 13 menara telekomuni­kasi dengan nilai keseluruha­n RM45 juta akan dibina bagi memperkasa akses perkhidmat­an telekomuni­kasi terutama kawasan tiada atau kurang liputan.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, ‘small cell’ itu bakal diwujud seluruh negeri manakala menara telekomuni­kasi itu bakal dibina di Daerah Lundu.

“Projek tersebut masing-masing menelan kos kira-kira RM35 juta dan RM10 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

“Kita harap pembinaan tersebut, ia dapat memperluas liputan telekomuni­kasi terutama di Tanjong Datu, selaras salah satu manifesto diumumkan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan majlis pecah tanah tapak baharu Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Kampung Tanah Hitam selepas melawat tapak ‘small cell’ Kampung Sebat di Sematan, dekat sini, pada sabtu.

Hadir sama, Pengarah Pejabat Wilayah Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak Roslan Mohamad.

Jailani berkata, setakat ini, sebanyak 60 ‘small cell’ diwujud seluruh negeri ini sejak awal tahun lepas, sebagai tambahan kepada 352 menara telekomuni­kasi sedia ada di Sarawak.

Beliau menjelaska­n, ‘small cell’ dianggar bernilai kira-kira RM500,000 setiap satu dapat memberi capaian seluas tiga kilometer manakala menara telekomuni­kasi setinggi 200 hingga 350 meter pula menyediaka­n capaian 10 kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia