Utusan Borneo (Sabah)

Azizul, Azizah laksana tugas ganti ibu dekati pengundi Tanjong Datu

-

LUNDU: Anak bongsu Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Azizul Annuar berharap anggota keselamata­n menjalanka­n tanggungja­wab dengan baik pada hari pengundian awal kelmarin sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Malah, beliau kini mewakili ibunya, Datuk Amar Jamilah Anu, calon Barisan Nasional (BN) PRK Tanjong Datu memberitah­u anggota keselamata­n lebih tahu calon mana harus mereka dipilih.

“Pilih calon nombor satu, saya rasa polis dan tentera di sini tidak perlu diperkenal siapa mak saya dan saya percaya mereka akan memilih kepimpinan sedia ada iaitu calon BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan kunjungan bersama kakaknya Azizah Jasmine ke Pusat Media yang diwujudkan Jabatan Penerangan untuk anggota media membuat liputan PRK Tanjong Datu di pejabat Majlis Daerah Lundu.

Pada masa sama, Azizul berkata, beliau dan adik beradiknya sentiasa berada di lapangan membantu kempen ibu mereka (Jamilah) oleh kerana masih berada dalam tempoh edah.

“Kami membahagi-bahagi tugas untuk mewakili ibu. Jadi, setiap seorang ada program masing-masing,” katanya.

Azizul berkata walaupun

beliau telah mengikuti Allahyarha­m ayahnya semasa berkempen dan menghadiri sesuatu majlis pada masa lepas, untuk benar-benar beradadila­panganmela­kukan apa yang dibuat ayahnya selama ini adalah sesuatu mengagumka­n.

“Secara jujur, ia adalah sesuatu sukar dan memerlukan banyak usaha mempelajar­inya,” katanya.

Azzizul Annuar berkata beberapa penduduk kampung juga ada bertanya kenapa ibu mereka tidak hadir dan beliau terpaksa menjelaska­n kepada mereka.

“Secara keseluruha­nnya, responsdit­erimasanga­tpositif.

Penduduk kampung berkata mereka masih menyimpan banyak kenangan manis bersama arwah ayah saya.

“Mereka berkata begitu menghargai beliau atas perkara yang dilakukan beliau untuk mereka. Saya berharap, ia akan diterjemah­kan dalam bentuk undi apabila tiba hari mengundi pada 18 Feb nanti,” ujarnya.

Selain itu, Azizul mendedahka­n ibu mereka akan menghubung­inya setiap malam dan awal pagi mengikuti perkembang­an mereka.

Sementara itu, Azizah, 33, sempat berkongsi pengalaman membantu ibunya berkempan memberitah­u bahawa perasaan beliau tersentuh apabila melihat kasih sayang dan sokongan penduduk di sini untuk Allahyarha­m ayah mereka.

“Ramai daripada mereka mendekati kami untuk memberitah­u kami tentang begitu banyak sumbangan arwah ayah. Ia membantu saya menyedari betapa usaha ayah memberi kesan kepada mereka,” katanya.

Kerusi DUN Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandang­nya Adenan yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima pada 11 Januari lepas akibat komplikasi jantung.

Pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN11) tahun lalu, Adenan mempertaha­nkan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundiba­giPRKTanjo­ng Datu pada 18 Februari.

 ??  ?? AZIZUL (kanan) sempat merakam kenangan bersama pengamal media yang bertugas pada PRK Tanjong Datu di Pusat Media, pada Sabtu.
AZIZUL (kanan) sempat merakam kenangan bersama pengamal media yang bertugas pada PRK Tanjong Datu di Pusat Media, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia