Utusan Borneo (Sabah)

Tiga kawasan kelabu Tanjong Datu bertukar putih

Jentera BN berjaya perjelas kekeliruan penduduk berhubung pelaksanaa­n projek, kata Wan Junaidi

-

LUNDU: Jentera Barisan Nasional (BN) berjaya menukar status tiga kawasan kelabu ke putih hanya dalam tempoh tujuh hari berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Menurut Pengarah Pilihan Raya BN Tanjong Datu Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tiga kawasan kelabu itu dikenal pasti sebelum tempoh berkempen PRK Tanjong Datu.

“Kempen kita berjaya, sebelum ini ada tiga kawasan kelabu tetapi sekarang semua sudah bertukar putih. Kawasan tersebut menjadi kelabu sebelum ini disebab sedikit kekeliruan di kalangan penduduk berhubung pelaksanaa­n projek, tetapi setelah diperjelas, penduduk di tiga kawasan berkenaan sudah faham,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Seminar Pengurusan Bencana anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Dewan Chung Hua di sini, pada Sabtu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Santubong itu memberitah­u isu yang dihadapi penduduk di tiga kawasan berkenaan sedang ditangani.

Mengulas keperluan untuk kerajaan negeri segera menyelesai isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) khusus berkaitan ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’, Wan Junaidi berkata beliau amat yakin Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengetuai jawatankua­sa bertindakn­ya akan dapat mencari kaedah penyelesai­an terbaik.

Menyentuh mengenai strategi berkempen, beliau mendedahka­n ia dilakukan sama seperti pilihan raya lain.

“Strategi macam biasa, kita pasang bendera, poster dan sebagainya, turun kampung ke kampung mendekati masyarakat,” jelasnya.

Terdahulu, pada majlis itu, Wan Junaidi menggesa APM yang merupakan pertahanan barisan ketiga meningkatk­an prestasi di semua peringkat.

“Kita harus tingkatkan prestasi kita di setiap sudut agar kita mempunyai kepakaran dan kebolehan menghadapi sebarang malapetaka yang tidak dijangka,” tambahnya.

Pada masa sama tegasnya lagi, APM juga perlu kreatif dalam menyampaik­an perkhidmat­an menyeluruh kepada rakyat di negeri ini.

Selain itu, beliau turut menyambut baik pengumuman peruntukan RM129 juta oleh Perdana Menteri bagi melaksanak­an projek bekalan air di kawasan DUN Tanjung Datu dan Tasik Biru. Sementara itu, Ketua Pesuruhjay­a APM Mejer Jeneral Datuk Azmy Yahya berkata, seminar itu bertujuan mempersiap­kan masyarakat Lundu dalam menangani situasi bencana dengan lebih efisen.

“Seminar ini juga secara tidak langsung memberi pendedahan kepada masyarakat kaedah berkesan ketika menghidapi bencana,” ujarnya.

Hadir sama Pegawai Daerah Lundu Hamsein Atar, Pengarah APM Sarawak Kolonel Mohtar Samat, Komandan Akademi Latihan APM Kolonel Abdul Wahab Rahim dan tetamu kehormat lain.

“Kawasan

tersebut menjadi kelabu sebelum ini disebab sedikit kekeliruan di kalangan penduduk berhubung pelaksanaa­n projek, tetapi setelah diperjelas, penduduk di tiga kawasan berkenaan sudah faham. DATUK SERI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR Pengarah Pilihan Raya BN Tanjong Datu

 ??  ?? WAN JUNAIDI menyampaik­an peralatan khas kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Turut kelihatan (dari kiri) Azmy, Mohtar dan Datin Seri Feona.
WAN JUNAIDI menyampaik­an peralatan khas kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Turut kelihatan (dari kiri) Azmy, Mohtar dan Datin Seri Feona.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia