Utusan Borneo (Sabah)

Laluan sukar pembangkan­g tembus kubu BN Tanjong Datu

-

KUCHING: Mengundi Barisan Nasional (BN) merupakan pilihan ke arah kebaikan, kata penganalis­is politik, Datuk Peter Minos selepas menilai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Menurutnya, persiapan BN-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) disifat dalam keadaan baik selepas minggu pertama kempen PRK.

Peter berkata bahang dan semangat kemenangan itu jelas terasa setelah pelancaran Manifesto BN oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

“Ia amat berbeza pada tiga hari pertama kempen, keadaan agak tenang dan suram, tetapi kini keadaan di kawasan Tanjong Datu kembali meriah dengan sokongan padu rakyat terhadap BN-PBB,” katanya.

Mengulas lanjut, tinjauan kempen PRK, katanya komuniti ditemui menyatakan kerinduan mereka terhadap Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Jelasnya, masyarakat pengundi akan meneruskan sokongan terhadap calon BN, Datuk Amar Jamilah Anu sebagai mengenang jasa dan pengorbana­n dilakukan Allahyarha­m Tok Nan.

Menurut Peter, kerusi DUN Tanjong Datu merupakan kubu kuat BN-PBB, malah beliau menyifatka­n sukar bagi dua calon pembangkan­g untuk ‘menembusi’ kawasan tersebut.

“Mereka boleh berkata dan membuat apa-apa isu tetapi saya rasa lebih 90 peratus pengundi di Tanjong Datu teguh, berdasarka­n perbualan dengan penduduk di kawasan, mereka tetap akan bersama PBB dan BN,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia