Utusan Borneo (Sabah)

STA rai CNY bersama Media

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Seperti tahun-tahun kebiasanny­a, Persatuan Tenis Negeri Sabah (S TA) sekali lagi menganjurk­an Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina STA-MEDIA 2017 di salah sebuah restoran makanan laut terkemuka di ibu negeri baru-baru ini.

Majlis itu dihoskan oleh presiden STA Johnson Koh dengan dihadir oleh para wartawan sukan, editor dan wartawan kanan serta wartawan berita dari media cetak dan elektronik.

Johnson dalam ucapan beliau, bersyukur kerana dapat bersama-sama media sekali lagi dalam meraikan hari kebesaran masyarakat Tiong-Hua itu dengan penuh keriangan dan kegembiraa­n.

Beliau amat berterima kasih pada pihak media massa khususnya media cetak di Sabah kerana terus membantu persatuan itu dalam mempromosi sukan itu yang kini semakin popular di kalangan anak-anak muda mahupun ibu bapa.

“Media merupakan medium yang amat diperlukan oleh semua persatuan sukan termasuk STA dalam memastikan berita-berita sukan ini tersebar dan dapat diikuti sepanjang tahun oleh masyarakat umum.

“Laporan media merujuk pelaksanaa­n program, keputusan pertanding­an dan menerbitka­n namanama pemenang merupakan promosi paling hebat yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

“Adanya bantuan pihak media telah menjadikan tenis Sabah semakin baik dari hari ke hari, dan hari ini Sabah merupakan antara kuasa sukan tenis yang digeruni di negara ini,” tegas Johnson yang juga merangkap pengarah eksekutif Waterfront Urban Developmen­t Sdn Bhd (WUD). Selepas majlis makan malam, acara malam itu diteruskan dengan pertanding­an karaoke di mana para pemenang menerima hadiah khas daripada Johnson.

 ??  ?? JOHNSON (depan enam kanan) bersama wakil media yang menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina STA-Media 2017 di Restoran Twin-Skies, Kampung Air baru-baru ini.
JOHNSON (depan enam kanan) bersama wakil media yang menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina STA-Media 2017 di Restoran Twin-Skies, Kampung Air baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia