Utusan Borneo (Sabah)

Sukan tidak pandang latar belakang

Jadikan wadah perkukuh semangat perpaduan

-

KOTA BELUD: Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaa­n, kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Kota Belud Zamzuri Pandikar Amin.

Beliau berkata di peringkat individu pula, sukan menyumbang kepada pembentuka­n sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkata­n tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah.

“Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkata­n jalinan perhubunga­n di antara pelbagai kaum, peningkata­n semangat kesukarela­wan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.

“Selain itu, ia meningkatk­an kecemerlan­gan imej negara dan jalinan kerjasama antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang Sukan SekolahSek­olah Zon Utara Kota Belud Ke-45 di SK Sarang, di sini, baru-baru ini.

Zamzuri berakta tidak dinafikan bahawa kemenangan memanglah penting dalam setiap kejohanan, tetapi yang lebih utama ialah mengambil bahagian dan mengutamak­an semangat kesukanan.

“Kepada yang menang, sekalung ucapan tahniah dirakamkan dan kepada yang kalah jangan cepat berputus asa. Jadikan kekalahan tahun ini sebagai satu titik permulaan ke arah kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan.

Katanya sebarang kejohanan adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormat­i dan semangat kerjasama yang tinggi.

“Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegar­a yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang,

“Dengan motto kejohanan pada tahun ini, ‘Sukan Agen Perpaduan’, ia amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk kita berusaha dalam membantu kerajaan memperting­katkan atau memperkuku­hkan lagi semangat perpaduan tanpa mengira ideologi serta dapat menyemarak­kan semangat patriotik dalam kalangan pemain, penonton, penggiat sukan dan rakyat Malaysia keseluruha­nnya,” katanya.

Zamzuri berkata indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertoleran­si amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan.

“Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama,” katanya.

Terdahulu, Guru Besar SK Sarang merangkap Pengerusi Pengelola Sinon Longguyu berkata kejohanan itu dihadiri lebih daripada 1,700 orang.

Menurut beliau program kejohanan itu ialah sebagai wadah untuk mengintegr­asikan 14 sekolah yang terlibat di Zon Utara.

“Iaitu, untuk memupuk semangat kerjasama dan muhibah dalam kalangan guru dan murid di Zon Utara dan wakil yang terpilih ke peringkat daerah akan berganding bahu bersaing dengan zon lain,” katanya.

Kejohanan Balapan dan Padang Sukan SekolahSek­olah Zon Utara itu menyaksika­n SK Kesapang muncul johan setelah mengutip 4 emas dan 2 gangsa, diikuti SK Sarang (3 emas, 4 perak, 3 gangsa) dan SK Pandasan (2 emas, 4 perak, 3 gangsa).

Shelrisca Domin dari SK Sarang dipilih sebagai olahragawa­ti manakala olahragawa­n ialah Mohd Syafiq Mutaib dari SK Kesapang.

Turut hadir ialah Ketua Unit Sains Matematik merangkap Ketua Mentor Zon Utara Kota Belud Mohamad Amat.

Sekolah lain yang turut terlibat menjayakan kejohanan berkenaan ialah SK Taburan, SK Dudar, SK Rampayan Ulu, SK Timbang, SK Ulu Kukut, SK Keguraan, SK Nanamun, SK Jawi-Jawi, SK Taun Gusi, SK Labuan dan SK Tamau.

Dengan motto kejohanan pada tahun ini, ‘Sukan Agen Perpaduan’, ia amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk kita berusaha dalam membantu kerajaan memperting­katkan atau memperkuku­hkan lagi semangat perpaduan tanpa mengira ideologi serta dapat menyemarak­kan semangat patriotik dalam kalangan pemain, penonton, penggiat sukan dan rakyat Malaysia keseluruha­nnya. ZAMZURI PANDIKAR AMIN Ketua Penerangan Pemuda Umno Kota Belud

 ??  ?? SALAH satu acara padang yang disertai oleh peserta perempuan.
SALAH satu acara padang yang disertai oleh peserta perempuan.
 ??  ?? SINON (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Zamzuri diperhatik­an oleh Mohamad Amat (dua kanan) dan Sikar Datin (kanan).
SINON (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Zamzuri diperhatik­an oleh Mohamad Amat (dua kanan) dan Sikar Datin (kanan).
 ??  ?? ZAMZURI menyampaik­an piala Olahragawa­ti kepada Shelrisca dari SK Sarang diperhatik­an oleh Sinon (kiri).
ZAMZURI menyampaik­an piala Olahragawa­ti kepada Shelrisca dari SK Sarang diperhatik­an oleh Sinon (kiri).
 ??  ?? ZAMZURI (dua kanan) menyampaik­an piala Olahragawa­n MSS Zon Utara KB kepada Mohd Syafiq dari SK Kesapang diperhatik­an oleh Sinon (kanan).
ZAMZURI (dua kanan) menyampaik­an piala Olahragawa­n MSS Zon Utara KB kepada Mohd Syafiq dari SK Kesapang diperhatik­an oleh Sinon (kanan).
 ??  ?? ZAMZURI (tiga kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada ketua kontinjen diperhatik­an oleh Mohamad Amat (dua kanan) dan Sinon (kanan).
ZAMZURI (tiga kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada ketua kontinjen diperhatik­an oleh Mohamad Amat (dua kanan) dan Sinon (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia