Utusan Borneo (Sabah)

Wenger menegaskan belum bersedia tinggalkan Arsenal

-

LONDON, England: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan beliau tidak bersedia untuk menamatkan kerjasama sejak sekian lama di Arsenal walaupun dakwaan oleh bekas bintang Arsenal, Ian Wright di mana pengurus veteran itu akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini.

Masa depan Wenger menjadi tanda tanya ekoran kekalahan pasukannya kepada Watford dan Chelsea, yang seperti menamatkan sebarang harapan memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal bagaimanap­un mengelak kekalahan liga ketiga berturut-turut apabila menewaskan Hull City 2-0 menerusi dua gol Alexis Sanchez Sabtu lepas. Tetapi selepas perlawanan, Wenger ditanya tentang masa depannya terutama sekali dengan kontrak semasa beliau akan berakhir musim ini dan sekumpulan kecil penyokong mengkritik Wenger kerana beberapa keputusan buruk sebelum ini. Bekas penyerang Arsenal, Ian Wright, menambah lagi spekulasi apabila mendakwa Wenger ada memberitah­unya bahawa semuanya “akan berakhir” di Arsenal. Namun Wenger membalas dengan berkata sebarang rasa letih tentang komitmen dan tugas beliau telah disalah faham. Ditanya samada beliau ada memberikan gambaran kepada Wright di mana beliau mahu menamatkan kerjaya di Arsenal, Wenger hanya berkata: “Tidak. Mark (Gonella, pengarah komunikasi Arsenal) ada bersama sama juga ketika itu. “Ia adalah seperti sesi soal jawab. Saya boleh berasa letih kerana saya bangun awal pagi dan balik lewat, jadi ya saya letih tetapi saya tidak memberikan sebarang gambaran tentang masa depan saya.

“Ada ramai lagi yang hadir sama pada makan malam itu, bukan hanya kami berdua sahaja. Ada empat atau lima yang lain juga.”

Ditanya jika Wright mungkin tersalah tafsiran sebarang komen, Wenger berkata: “Ya. Anda tahu saya amat menghargai­nya di mana anda mahu saya berehat. Tetapi saya belum bersedia lagi.”

Jika Arsenal gagal menewaskan Hull City, ia mungkin senario yang berbeza dan tekanan semakin memuncak ke atas Wenger.

Walaupun pasukannya tidak bermain di tahap terbaik, Wenger berasa gembira untuk menamatkan dua kekalahan berturut-turut sebelum berkunjung ke Bayern Munich untuk perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara Rabu ini.

“Ia lebih kepada taktik berbanding aksi yang baik hari ini kerana kami sememangny­a mahukan kemenangan,” kata Wenger.

“Jadi secara keseluruha­nnya, saya merasakan kami bermula dengan baik sehingga mendahului 1-0. Selepas itu, kami bermain berhati-hati untuk mempertaha­nkan pendahulua­n gol ini.

“Kami bermain lebih bertahan selepas gol pertama kerana kami tahu ia adalah sangat penting untuk menang hari ini.” – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia