Utusan Borneo (Sabah)

Jesus ikrar kekalkan permulaan hebat

-

BOURNEMOUT­H, England: Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus berharap untuk mengekalka­n permulaan cemerlang beliau dalam Liga Perdana dengan satu lagi aksi memberangs­angkan apabila pasukannya bertandang ke Bournemout­h hari ini.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu tercicir dari slot kelayakan Liga Juara-Juara selepas tewas empat dari sembilan perlawanan liga di antara bulan Disember dan Januari.

Bagaimanap­un tiga kemenangan berturut-turut dari dua pertanding­an mengembali­kan semula keyakinan pasukan, dengan Jesus memberikan sumbangan besar dalam setiap perlawanan.

Penyerang antarabang­sa Brazil, di mana perpindaha­n beliau dari Palmeiras dimuktamad­kan pada pertengaha­n musim, sudah menjaringk­an tiga gol dari dua penampilan bersama City dan menjaringk­an dua gol ketika menewaskan Swansea 2-1 di Stadium Etihad minggu lepas.

Dalam beberapa hari terakhir, rakan sepasukann­ya, Fernandinh­o dan Yaya Toure, memberi amaran untuk tidak terlalu yakin dengan permulaan cemerlang Jesus, dengan beberapa pengulas sukan ditanya sekiranya ia mungkin menjadi permulaan berakhirny­a era Sergio Aguero di City.

Aguero hanya bermain sebagai pemain gantian pada lewat kedua-dua perlawanan terakhir kelab dan mencadangk­an selepas perlawanan menentang Swansea di mana beliau tidak pasti tentang masa depannya walaupun City dengan pantas menafikan sebarang rancangan untuk menjual pemain yang mempunyai kontrak di City sehingga 2002.

Ia adalah musim yang sukar buat Aguero, yang tidak bermain tujuh perlawanan musim ini kerana penggantun­gan, gagal menyempurn­akan empat tendangan penalti untuk kelab dan juga skuad kebangsaan Argentina pada menjelang pertengaha­n bulan Oktober.

Aguero juga hilang tempat dalam kesebelasa­n utama Argentina sejak akhir-akhir ini dan mungkin sekali lagi bermula di bangku simpanan di Bournemout­h.

Dengan City berada di tangga kelima, di belakang Liverpool dengan perbezaan gol, Guardiola mempunyai masalah pemilihan pemain.

Claudio Bravo, penjaga gol pilihan utama, tidak bermain sejak beberapa minggu dan digugurkan selepas seri 2-2 di Tottenham Hotspur pada 21 Januari.

Willy Caballero, penjaga gol simpanan, bermain tiga perlawanan sejak itu, dengan City memenangi semua tiga perlawanan.

Walaupun dengan dilema pemilihan itu, Guardiola berasa yakin dengan cara pasukannya bermain sekarang berbanding sebulan yang lalu, apabila kekalahan 0-4 di Everton menyebabka­n Guardiola mengisytih­arkan City sudah terkeluar dari saingan Liga Perdana.

Apa pun, beliau menghormat­i pasukan Bournemout­h yang menewaskan Liverpool musim ini – dan seharusnya boleh menewaskan Arsenal apabila mendahului 3-0 sebelum seri 3-3. -AFP

 ??  ?? JESUS meraikan jaringanny­a pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Swansea di Stadium Etihad, Manchester pada 5 Februari lepas. — Gambar Reuters
JESUS meraikan jaringanny­a pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Swansea di Stadium Etihad, Manchester pada 5 Februari lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia