Utusan Borneo (Sabah)

Fahaman mengeliruk­an disebar?

Cabaran akidah dan perpaduan bagi umat Islam

- Oleh JOHAN AZIZ

NABAWAN: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata akidah dan perpaduan umat Islam diuji begitu hebat sejak akhir-akhir ini berikutan terdapat usaha menyebarka­n fahaman yang mengeliruk­an seperti pluralisme agama dan Islam liberal selain fahaman Daesh.

Katanya gerakan itu jika tidak dibendung segara secara bijaksana dan tuntas, ia pasti menjadi duri dalam daging terhadap usaha memelihara jati diri Muslim yang bersatu padu di bawah akidah yang satu.

“Kita sebagai umat Islam tidak boleh diam berpeluk tubuh bila dipijak dan diperkotak­katikkan oleh anasir-anasir yang cuba merosakkan akidah dan perpaduan umat Islam dan perlu bangkit menghalang usaha mereka dengan apa cara sekalipun,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Pedalaman Atas yang diadakan di dewan masyarakat di sini pada Ahad.

Sairin meminta umat Islam bangkit menentang gerakan itu dengan penuh hikmah dan bukan memikul senjata memerangi mereka.

Katanya umat Islam sentiasa komited dan konsisten memperkasa­kan akidah dan memantapka­n kesatuan ummah melalui penghayata­n sepenuhnya terhadap ajaran al-Quran yang diturunkan Allah SWT sebagai panduan serta rahmat manusia.

Menurut beliau ia selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raaf ayat 203 yang bermaksud,’ AlQuran ini ialah panduan yang membuka hati dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orangorang yang beriman.’

Sairin berkata menyedari akan hakikat serta kepentinga­n itulah, kerajaan memberi penekanan kepada pengajaran dan pembelajar­an al-Quran secara formal di sekolahsek­olah aliran agama dan akademik.

Katanya ia juga dikembangk­an melalui kegiatan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), yang matlamat utamanya adalah untuk melahirkan masyarakat yang celik al-Quran dan berupaya pula menterjema­hkan ajaran suci ke dalam rutin kehidupan.

“Langkah ini kita susuli dengan menganjurk­an majlismajl­is lain bermanfaat seperti Majlis Tilawah Al-Quran yang diharap dapat memberi sumbangan bermakna terhadap pembentuka­n generasi yang tahu, faham dan sedar terhadap peranan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.

“Dalam kesibukan kita mengejar kejayaan dalam hidup, kita seharusnya tidak boleh membiarkan diri kita dan masyarakat terus dibuai oleh budaya negatif yang berpotensi menggugat kemurnian akidah dan mengancam keamanan serta keselamata­n negara dalam zaman yang serba mencabar dan era ledakan kecanggiha­n teknologi hari ini,” katanya.

Beliau berkata pembanguna­n modal insan dan pembanguna­n negara yang tidak dapat dipisahkan daripada arus perubahan teknologi dan masa perlu diadun dengan pendidikan agama yang sempurna.

Katanya pendidikan agama penting kerana ia memberi kekuatan rohani serta menjadi penggerak kepada minda dan jasmani untuk bertindak secara proaktif memenuhi tuntutan sebagai hamba yang wajib mengabdika­n diri kepada Khaliknya, iaitu Allah SWT.

Menurut beliau kekuatan rohani jugalah yang akan dapat menentukan tingkat keimanan dan ketakwaaan seseorang itu kepada Allah SWT.

“Maknanya setiap Muslim berkewajip­an memperting­katkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan melaksanak­an segala perkara yang diperintah­kanNya dan menjauhi segala perkara yang dilarang-Nya.

“Iman dan ketaqwaan amat dititikber­atkan oleh Islam kerana ia dapat menjamin kesejahter­aan hidup selain mengudang rahmat dari Allah SWT,” katanya.

Sairin memberitah­u bahawa Allah SWT melalui firmanNya dalam surah al-A’raaf ayat 96 yang bermaksud, ‘jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertaqwa tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaa­n) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi.’

Katanya bagi membolehka­n terus melakar kemajuan dan kejayaan, menjadi kewajipan umat Islam memulihara perpaduan dan keharmonia­n hidup yang selama ini telah dinikmati.

Katanya perpaduan menjana kekuatan dan keamanan serta menjamin kelangsung­an agenda pembanguna­n.

Justeru, katanya, makna dan natijah perpaduan perlu ditanamkan dan disuburkan di kalangan generasi muda hari ini kerana di bahu mereka tergalas perjuangan memartabat dan mempertaha­nkan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

“Sehubungan itu generasi muda harus membuat pilihan hidup bagi mencapai tiga perkara utama iaitu kelas sosial, gaya hidup dan prestij yang berasaskan kepada acuan negara kita dan tidak lari daripada nilai-nilai agama.

“Mahu atau tidak, generasi muda mesti mencari ilmu kerana dengan ketinggian ilmu, manusia dihormati dan dapat menentukan pilihan hidup masa depan kerana mereka kini bukan di alam fantasi,” katanya.

Sairin berkata negara memerlukan generasi muda yang memiliki kekuatan spiritual, ketahanan fizikal dan kehebatan keintelekt­ualan untuk terus maju dan cemerlang dengan berpegang teguh kepada agama, menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran di samping siap siaga berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Kita sebagai umat Islam tidak boleh diam berpeluk tubuh bila dipijak dan diperkotak katikkan oleh anasir-anasir yang cuba merosakkan akidah dan perpaduan umat Islam dan perlu bangkit menghalang usaha

sekalipun.” mereka dengan apa cara DATUK HAJI SAIRIN KARNO Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ?? SAIRIN (tengah) dan Ghani (empat kiri) bersama-sama para pegawai kerajaan lain bergambar bersama-sama dengan semua peserta yang mengambil bahagian selepas majlis itu.
SAIRIN (tengah) dan Ghani (empat kiri) bersama-sama para pegawai kerajaan lain bergambar bersama-sama dengan semua peserta yang mengambil bahagian selepas majlis itu.
 ??  ?? SAIRIN menyampaik­an hadiah ketiga bahagian qari, Khalif Mudin dari Tambunan.
SAIRIN menyampaik­an hadiah ketiga bahagian qari, Khalif Mudin dari Tambunan.
 ??  ?? SAFARI Naim dari Keningau pemenang naib johan bahagian qari menerima hadiah yang disampaika­n oleh Sairin.
SAFARI Naim dari Keningau pemenang naib johan bahagian qari menerima hadiah yang disampaika­n oleh Sairin.
 ??  ?? KETIBAAN Sairin ke majlis itu disambut oleh Ghani.
KETIBAAN Sairin ke majlis itu disambut oleh Ghani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia